Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bank Rakyat diiktiraf koperasi premier Malaysia 2021
  • ACTIVITY

Bank Rakyat diiktiraf koperasi premier Malaysia 2021

Helmi Aziz February 17, 2022 2 minutes read
1501293.jpg

KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menerima pengiktirafan sebagai Koperasi Premier Malaysia 2021 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) baru-baru ini.

Bank Rakyat dalam kenyataan pada Khamis menjelaskan pengiktirafan tersebut diberikan berdasarkan kedudukannya sebagai antara lima koperasi terbaik dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2018.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata, pengiktirafan itu membuktikan Bank Rakyat berada di landasan tepat dalam melaksanakan mandat penubuhan bank yang bermula sebagai perintis koperasi pada 1954.

“Sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dan bank Islam kedua terbesar dari segi saiz aset dengan jumlah lebih 800,000 anggota daripada kalangan individu dan koperasi, Bank Rakyat masih berjaya mengekalkan keutuhan prestasi kewangan pada tahap baik saban tahun hasil sokongan pelanggan dan anggotanya,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan timbalannya Datuk Muslimin Yahaya menyerahkan sijil pengiktirafan tersebut kepada Abd Rani dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan pada majlis pelancaran sambutan 100 tahun koperasi minggu lalu.

Sementara itu, Syed Abdul Aziz berkata, kestabilan kedudukan kewangan bank berkenaan juga dapat dilihat dari segi pencapaian keuntungan sebelum cukai dan zakat melebihi RM1 bilion sejak 2016.

“Bagi tahun kedua pelaksanaan pelan strategik Bank Rakyat 2025 tahun ini, Bank Rakyat akan terus memanfaatkan potensi yang boleh diterokai dengan mempelbagaikan perniagaan, daripada runcit kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi bagi mewujudkan nilai jangka panjang kepada anggota, pelanggan dan komuniti,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan SKM atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan kepada Bank Rakyat dalam memperkasakan sektor koperasi negara. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Power Root lancar minuman Per’l Yuzu
Next: MAHB catat pergerakan penumpang 4.8 juta pada Januari 2022

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.