Bank Rakyat anjur program Kasih BRamadan

Bank Rakyat anjur program Kasih BRamadan

  • May 22, 2019
  • 0 comments

BANK Rakyat, menerusi Surau Al-Barakah menganjurkan program Kasih BRamadan dalam usaha mendekati dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang menjalani rawatan di hospital-hospital di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, bersempena Ramadan yang bakal menjelang, Bank Rakyat mengadakan lawatan dan memberi sumbangan kepada 100 orang pesakit di Hospital Kuala Lumpur bagi meringankan beban dan meningkatkan semangat mereka kelmarin.

“Terdapat lapan buah hospital di sekitar Lembah Klang yang terlibat dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Setakat ini, kami telah menyerahkan sejumlah 30 buah kerusi roda kepada enam buah hospital, termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang, Institut Jantung Negara, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sumbangan sama akan turut diserahkan kepada Hospital Selayang, esok.

“Dengan mengambil keberkatan Ramadan, kami berharap sumbangan ini dapat membantu pihak hospital menangani masalah kekurangan kerusi roda dengan bilangan pesakit yang ramai sekali gus mengembalikan keceriaan kepada pesakit di samping memberi peringatan bahawa setiap umat Islam wajib menunaikan ibadah puasa,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge