Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Axiata, XL Axiata ambil alih saham Link Net bernilai RM2.55 bilion
  • ACTIVITY

Axiata, XL Axiata ambil alih saham Link Net bernilai RM2.55 bilion

Helmi Aziz January 29, 2022 3 minutes read
1432325.jpg

SHAH ALAM – Axiata Group Bhd dan PT XL Axiata Tbk akan mengambil alih 66.03 peratus kepentingan ekuiti bernilai RM2.55 bilion dalam PT Link Net Tbk (Link Net).

Kedua-dua syarikat itu turut melaksanakan tawaran tender mandatori bagi baki 33.97 peratus saham dalam Link Net dengan jumlah pembelian RM3.86 bilion bagi 100 peratus pegangan.

Syarikat-syarikat terbabit memeterai perjanjian pembelian pembelian saham bersyarat (SPA) bagi tujuan berkenaan pada Khamis dan bersetuju membeli ekuiti Link Net pada 4,800 rupiah sesaham biasa Link Net itu daripada Asia Link Dewa Pte Ltd (ALD) dan PT First Media Tbk (FM).

Ini diterjemahkan kepada nilai kira-kira RM3.86 bilion (13.21 trilion rupiah) bagi keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Link Net, kata kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.

Di bawah terma SPA, Axiata Investments (Indonesia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Axiata dan XL Axiata masing-masing akan membeli 46.03 peratus dan 20 peratus daripada gabungan kepentingan ekuiti 66.03 peratus dalam Link Net yang dipegang ALD dan FM dengan harga RM2.55 bilion (8.72 trilion rupiah).

Axiata Investments Indonesia kemudiannya perlu melaksanakan tawaran tender mandatori untuk membeli baki 33.97 peratus saham Link Net mengikut keperluan kawal selia di Indonesia.

Cadangan pengambilalihan dan cadangan tawaran tender mandatori berkenaan dijangka selesai pada suku ketiga 2022.

Kenyataan itu berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka mewujudkan sinergi ketara bagi Link Net dan XL Axiata menerusi gabungan kedudukan mereka dalam perkhidmatan komunikasi tanpa wayar, berkongsi rangkaian tetulang serta penghantaran dan liputan pelanggan yang meluas di Indonesia.

“Ditambah dengan tawaran perusahaan daripada XL Axiata termasuk sambungan mudah alih, Link Net berpeluang untuk memanfaatkan pasaran perusahaan yang sedang berkembang pesat.

“Selain itu, Axiata akan mendapat manfaat daripada profil aliran tunai kukuh Link Net dan pembayaran dividen konsisten, serta mengukuhkan kedudukannya sebagai satu daripada pemain digital utama di rantau ini dengan peningkatan pendedahan kepada purata hasil bagi setiap pengguna yang tinggi dan pasaran jalur lebar tetap yang berpotensi besar serta sedang pesat berkembang,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Group Axiata, Datuk Izzaddin Idris berkata, selain menggandakan segmen pertumbuhan tinggi di satu daripada pasaran utamanya, pelaburan mereka dalam Link Net adalah selaras dengan aspirasi Axiata untuk menyokong inkulsi digital ketika perniagaan di Asia sedang mempercepatkan pendigitalan.

Presiden Direktur dan Ketua Pegawai Eksekutif XL Axiata, Dian Siswarini pula menjelaskan, syarikat tersebut sedang bersiap sedia untuk merealisasikan visinya menjadi pengendali telekomunikasi utama di Indonesia.

“Sinergi yang akan dimanfaatkan menerusi kerjasama dengan Link Net menjadikan ia cadangan yang menarik memandangkan peluang untuk menggabungkan kekuatan dalam kesalinghubungan mudah alih, jalur lebar tetap dan kandungan,” ujarnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Capital A nama baharu AirAsia
Next: Lebih 150 syarikat India melabur AS$3 bilion di Malaysia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.