Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Axiata rekod keuntungan bersih RM819.9 juta
  • ACTIVITY

Axiata rekod keuntungan bersih RM819.9 juta

Helmi Aziz February 22, 2022 2 minutes read
1506652.jpg

SHAH ALAM – Axiata Group Bhd (Axiata) merekodkan peningkatan keuntungan bersih lebih 100 peratus kepada RM818.9 juta pada tahun kewangan 2021 yang berakhir 31 Disember tahun lalu berbanding RM363 juta pada 2020.

Axiata memaklumkan pendapatan kumpulan itu turut meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tahun lalu kepada RM25.9 bilion manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) mencatatkan kenaikan signifikan kepada RM11.4 bilion.

Peningkatan EBITDA itu disokong oleh pertumbuhan operasi rangkai syarikatnya antaranya Celcom Axiata Bhd, Dialog Axiata PLC, edotco Group Sdn Bhd dan Axiata Digital Services Sdn Bhd.

Syarikat itu juga berjaya mencapai kecemerlangan dalam pengurusan kewangannya apabila memperolehi penjimatan keseluruhan sebanyak RM696 juta daripada perbelanjaan operasi (OPEX) dan perbelanjaan modal (CAPEX) sepanjang tahun lepas.

Sementara itu, rangkaian syarikat telekomunikasi Axiata, Celcom Axiata Berhad (Celcom) turut menunjukkan pemulihan yang kukuh dengan pertambahan pelanggan melebihi 0.9 juta dalam kedua-dua segmen iaitu prabayar dan pascabayar.

Bagi menyokong 1.8 juta pelanggannya dan pertumbuhan penggunaan rangkaiannya, Axiata memaklumkan Celcom telah melakukan pelaburan berjumlah kira-kira RM1 bilion terhadap rangkaian dan sistemnya menerusi perbelanjaan operasi pada tahun 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Group Axiata, Datuk Izzaddin Idris berkata, prestasi kewangan kumpulannya pada tahun lepas telah berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan terhadap pendapatan dan pertumbuhan EBITDA

“Pertumbuhan organik yang kukuh dalam pendapatan dan EBITDA serta peningkatan keuntungan adalah hasil daripada langkah-langkah diambil untuk menyesuai dan mengukuhkan asas kami ke kedudukan bagi mempercepatkan pembinaan persekitaran digital yang kami alami,” katanya ketika sidang media mengumumkan prestasi kewangan Axiata bagi 2021 secara maya pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikatnya merancang untuk melakukan pelaburan sebanyak RM7.1 bilion bagi perbelanjaan modalnya atau CAPEX pada tahun ini.

Menurutnya, untuk bergerak ke hadapan, Axiata juga akan memantau dengan teliti risiko makroekonomi, kawal selia dan dan keadaan industri termasuk perkembangan yang berlaku di Myanmar.

“Dari segi perniagaan, kami positif dengan peningkatan pendapatan di Indonesia hasil daripada permintaan terhadap data, kandungan digital dan transformasi digital perusahaan di samping usaha integrasi dalam langkah pemerolehan yang diselesaikan pada 2021,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata, pertumbuhan Axiata pada 2021 mencerminkan langkah syarikat itu untuk berkembang daripada hanya tertumpu terhadap perkhidmatan mudah alih kepada perniagaan digital dan infrastruktur.

Katanya, kumpulan itu akan terus menerima pakai pendigitalan dan usaha analitik sebagai teras transformasi untuk mengenal pasti corak penggunaan peralihan dengan berkesan.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan jumlah dividen sebanyak 9.5 sen sesaham biasa bagi tempoh kewangan tahun lepas termasuk dividen interim sebanyak 4 sen sesaham.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tadabbur surah Al-Sajdah beri pengisian kunjungan PPKM Besut
Next: HDC iktiraf 16 organisasi atas sumbangan kepada industri halal

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.