Avaland raih pendapatan RM113.8 juta, tertinggi sejak 2020

Avaland raih pendapatan RM113.8 juta, tertinggi sejak 2020

Barisan kepimpinan tertinggi Avaland

Barisan kepimpinan tertinggi Avaland

SYARIKAT pemaju hartanah, Avaland Berhad mencatatkan pendapatan kumpulan pada suku berakhir 30 jun 2023 meningkat lebih dua kali ganda kepada RM113.8 juta daripada RM53.5 juta tahun lalu, sekali gus menjadi pendapatan suku tahunan tertinggi sejak suku keempat tahun kewangan 2020.

Avaland dalam satu kenyataan turut memaklumkan, keuntungan bersih RM11.1 juta dalam suku kedua tahun kewangan 2023 turut dicatatkan, berbanding kerugian bersih RM7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Jelas kenyataan itu, prestasi baik itu didorong oleh peningkatan sumbangan daripada tiga projek yang sedang berjalan, iaitu Aetas Damansara, Alira Subang Jaya dan Casa Bayu Townhouse.

Selain itu, bagi enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2023, Avaland juga menyaksikan pendapatannya lebih dua kali ganda kepada RM190.4 juta daripada RM92.1 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Ia sekali gus mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM11.3 juta daripada kerugian bersih RM19.2 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Rekod turut mencatatkan, setakat 30 jun 2023 jualan belum dibil kumpulan meningkat 18 peratus kepada RM852 juta daripada RM720 juta yang dicatatkan pada 31 Disember 2022.

Heng Chong

Heng Chong

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Avaland, Teh Heng Chong ketika mengulas mengenai prospek berkata, kumpulan itu memiliki prospek bernilai RM1.2 bilion yang akan diancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Ujarnya, bank tanah kumpulan juga kekal teguh dengan tanah seluas 79.3 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM12 blion, yang akan mengekalkan pendapatannya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Ini termausk pengambilan tanah terbaharu di Bangi, Seputeh dan Taman Desa dengan jumlah pembelian RM154 juta dengan gabungan GDV kira-kira RM1.2 bilion dan bank tanah baharu ini akan menyumbang secara positif kepada rancangan pertumbuhan serta prospek pendapatan kumpulan nanti.

“Melangkah ke hadapan, apabila kumpulan terus melakarkan rancangan pertumbuhannya, ia akan terus mengejar peluang perbankan tanah di lokasi strategik,” katanya.

Sumber