Asia Innovates 2019, tonjol inovasi terbaik

Asia Innovates 2019, tonjol inovasi terbaik

ASIA Innovates 2019 telah menampilkan 14 inovasi penyelidik terbaik yang dipilih daripada tujuh buah negara untuk dibentangkan di hadapan pelabur dan institusi kewangan dari Malaysia dan Asia.

Program anjuran Kumpulan Industri- Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Royal Academy of Engineering (RAEng), United Kingdom (UK) telah diadakan di Hotel Le Meridean, Putrajaya, baru -baru ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman berkata, inovasi itu bakal diketengahkan kepada syarikat pelaburan yang berminat dan juga institusi kewangan untuk tujuan pembiayaan dan fasilitasi bagi membolehkan ia mampu dikomersialkan di pasaran tempatan dan juga global.

Menurut beliau, program itu bakal memberi peluang kepada lebih daripada 150 penyelidik Asia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dalam bidang berpotensi tersebut.

“Asia Innovates 2019 bukan sahaja program yang dapat memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan rangkaian di peringkat antarabangsa tetapi juga untuk mengukuhkan keyakinan para penyelidik ini berjaya dalam bidang keusahawanan.

“Ini juga merupakan platform yang strategik untuk mengukuhkan dan mengeratkan ekosistem inovasi dan keusahawanan negara dan serantau.

“Penglibatan institusi kewangan, agensi kerajaan dan pihak swasta adalah penting bagi memastikan pelaburan daripada pihak kerajaan dalam membangunankan inovasi di kalangan penyelidik dapat dikomersialkan seterusnya dipasarkan di persada antarabangsa,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Asia Innovates 2019 dibantu rakan strategik seperti CIMB Islamic, Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC), Yayasan Usahawan Baharu (MyNEF), Beta-Foundation dan Persatuan Pengurus Inovasi dan Teknologi (ITMA).

Program tahunan yang menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah kali ini turut disertai rakan strategik antarabangsa dari China, India, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *