Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Celebration
  • ANGKASA RAI RAKAN STRATEGIK MELALUI PENGANJURAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANGKASA 2024
  • Celebration

ANGKASA RAI RAKAN STRATEGIK MELALUI PENGANJURAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANGKASA 2024

Helmi Aziz May 10, 2024 (Last updated: May 13, 2024) 2 minutes read

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA meraikan hubungan baik rakan strategiknya melalui penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA 2024 yang telah diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada hari ini.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyatakan majlis ini diadakan bagi meraikan serta menghargai peranan yang dimainkan oleh pihak yang telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan gerakan koperasi di negara ini yang telah memungkinkan gerakan ini berjaya mencatat perolehan RM64.5 Bilion pada tahun lalu.

“Sebagai badan puncak yang diiktiraf oleh kerajaan, ANGKASA menyatakan komitmen memperkukuh kerjasama dengan pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), pemain industri utama dan juga Kerajaan Negeri dalam menyediakan ruang dan peluang untuk koperasi terus bergerak dan terlibat dalam aktiviti ekonomi berimpak tinggi.

ANGKASA juga bergerak seiring dengan Pelan dan Dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan supaya dapat bersama mewujudkan persekitaran yang kondusif supaya gerakan ini mampu untuk bersaing dalam pasaran terbuka.” Jelas Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah.

Dalam majlis sambutan ini sesi pertukaran perjanjian antara MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) yang diwakili oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Lembaga Pengarah (MHSB) dan Carbon Vault Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Reezan Bin Mohd Fadzil telah diadakan.

Untuk makluman MHSB telah menjalinkan usahasama bersama Carbon Vault Sdn Bhd bagi menerajui Projek Karbon Kredit dalam pasaran Malaysia terutama dalam sektor koperasi. Usahasama ini bertujuan untuk mengendalikan kredit karbon kepada koperasi dibawah naungan ANGKASA dan melantik MHSB sebagai agen eksklusif untuk sektor koperasi. Fokus projek ini adalah untuk memerangi perubahan iklim dengan mengimbangi jumlah pelepasan karbon hasil daripada aktiviti tertentu disamping menjana pendapatan sampingan tanpa sebarang modal dan kos.

Turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman antara ANGKASA yang diwakili Dato’ Hj. Che Mohd Shukree Che Isa, dan Masamart Marketing Sdn. Bhd. diwakili Penasihatnya Dato’ Shaharudin Ismail berkenaan platform ICOP untuk gerakan koperasi. ICOP menyediakan platform bagi mendapatkan produk insurans atau takaful dan pembaharuan cukai jalan bagi kemudahan warga koperasi dan penjawat awam. ICOP juga memberi pembiayaan atas takaful dan insurans yang ditawarkan dengan kadar faedah 0%. Kaedah pembayaran yang mudah dan cepat secara tanpa tunai atau ansuran melalui potongan gaji ANGKASA.

ANGKASA turut menyampaikan sumbangan bersempena dengan majlis sambutan ini di mana ianya diserahkan kepada anak yatim Pusat Jagaan Darul Sakinah, anak yatim kakitangan ANGKASA dan kakitangan kelainan upaya.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: TikTok Malaysia Memeriahkan Tradisi Raya dengan Sambutan #KongsiBersama
Next: Menggegarkan Jalan Raya: Kehebatan GGR Motor dalam Membawa Era Baru Kenderaan Elektrik ke Malaysia

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
Vimto Logo
  • Celebration
  • Festival
  • Food & Beverage
  • Lifestyle

From Reunion to Iftar: Vimto’s RM100,000 Festive Bonanza

Luqman Hakim April 7, 2026
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.