Dafinah (dua, kanan) bersama Ida Riswana (dua, kiri) selepas menandatangani MoU antara Hong Leong Islamic Bank dan Andalusia Travel & Tour di Menara Hong Leong, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH ANDALUSIA Travel & Tours (Andalusia) menjalin kerjasama strategik dengan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan patuh syariah berjumlah sehingga RM150,000 untuk pelanggannya menunaikan umrah dan haji. Pengarah Andalusia, lda Riswana ldris berkata, jumlah jemaah umrah dari Malaysia meningkat sebanyak 900 peratus sepanjang tempoh 25 tahun yang lalu, mencerminkan pertumbuhan ketara terhadap permintaan bagi menunaikan ibadah tersebut. Menurutnya, memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan HLISB mampu memberi faedah kepada kedua-dua pihak bagi memanfaatkan pangkalan data pelanggan Andalusia yang besar. “Kerjasama dengan HLISB ini memastikan pelanggan kami mendapat akses kepada pembiayaan ibadah umrah yang patuh syariah, digital dan berpatutan dengan rangkaian dan perkhidmatan kewangan yang holistik. Baca artikel penuh Sumber Post navigation Ringgit susut berbanding dolar AS seiring prestasi mata wang serantau Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham SCIB, JSB dan APB
ANDALUSIA Travel & Tours (Andalusia) menjalin kerjasama strategik dengan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan patuh syariah berjumlah sehingga RM150,000 untuk pelanggannya menunaikan umrah dan haji. Pengarah Andalusia, lda Riswana ldris berkata, jumlah jemaah umrah dari Malaysia meningkat sebanyak 900 peratus sepanjang tempoh 25 tahun yang lalu, mencerminkan pertumbuhan ketara terhadap permintaan bagi menunaikan ibadah tersebut. Menurutnya, memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan HLISB mampu memberi faedah kepada kedua-dua pihak bagi memanfaatkan pangkalan data pelanggan Andalusia yang besar. “Kerjasama dengan HLISB ini memastikan pelanggan kami mendapat akses kepada pembiayaan ibadah umrah yang patuh syariah, digital dan berpatutan dengan rangkaian dan perkhidmatan kewangan yang holistik. Baca artikel penuh