Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • AirAsia X peroleh penggunaan ruang kargo pesawat A330-300
  • ACTIVITY

AirAsia X peroleh penggunaan ruang kargo pesawat A330-300

Helmi Aziz February 14, 2022 2 minutes read
1497325.jpg

KUALA LUMPUR – AirAsia X (AAX) telah memperoleh penggunaan ruang kargo dalam salah sebuah pesawat badan lebar A330-300 untuk tempoh permulaan selama satu tahun.

AirAsia dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Teleport cabang bagi logistik Capital A akan menggunakan kapasiti tambahan daripada AAX untuk memenuhi keperluan perkhidmatan penghantaran kepada para pelanggannya di seluruh Asia Pasifik.

“Ini adalah pengumuman penting yang kedua dalam tempoh hanya beberapa minggu oleh AAX yang baharu sahaja menjalani proses penstrukturan semula syarikat untuk meningkatkan usahanya sebagai rakan kongsi jangka panjang yang berdaya maju kepada pengendali-pengendali kargo terbesar dunia.” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail berkata, syarikat sedang berbincang dengan beberapa buah syarikat global utama lain yang memerlukan perkhidmatan kargo udara, terutamanya di negara yang AAX beroperasi dan mempunyai hak penerbangan.

“Pada masa hadapan, pendapatan daripada perkhidmatan kargo akan menyokong strategi laluan kami dan buat pertama kalinya, hasil daripada penumpang akan menjadi pendapatan sampingan.” katanya.

Ketua Pegawai Operasi (COO), Kapten Suresh Kumar Bangah berkata, AAX berhasrat menambah satu pesawat pada setiap bulan dengan perkhidmatan penuh mulai sekarang dan berharap untuk beroperasi dengan rangkaian pesawat sepenuhnya pada penghujung suku ketiga.

Sementara itu, COO Teleport, Adrian Loretz berkata, sebagai tambahan kepada pesawat kargo khas iaitu 737-800, pesawat A330 tambahan daripada AAX menyediakan lebih banyak akses kapasiti untuk pelanggan memenuhi permintaan di rantau ini semasa beroperasi dari hab utama di Kuala Lumpur dan Bangkok.

“Pada 2022, kami sedang meninjau untuk mengukuhkan armada kami dan menambah lebih banyak destinasi utama ke dalam rangkaian berjadual kami dengan liputan meluas di Asia Tenggara dan seterusnya, ditambah pula dengan liputan yang luas dan kekerapan tinggi daripada kapasiti pesawat penumpang AirAsia sedia ada,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Eksport getah, produk getah berkembang kepada RM140 bilion tahun ini
Next: Garang didik anak-anak jadi berdikari, ‘survival’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.