Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • AirAsia mulakan penerbangan Pulau Pinang-Melaka
  • ACTIVITY

AirAsia mulakan penerbangan Pulau Pinang-Melaka

Helmi Aziz July 1, 2019 2 minutes read
375713.jpg

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) menambah satu lagi laluan baharu apabila memulakan penerbangan sulung dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini, hari ini.

Penerbangan AK6284 menggunakan pesawat A320 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas pada jam 1.20 petang dan tiba di LTAM di Batu Berendam pada jam 2.25 petang dengan membawa penumpang seramai 175 orang.

Ketibaan mereka disambut Ketua Menteri, Adly Zahari sambil diiringi Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Adly berkata, perkhidmatan penerbangan harian AirAsia Melaka – Pulau Pinang – Melaka, tujuh hari seminggu itu akan menyumbang lebih ramai kedatangan pelancong dan membantu mempromosikan negeri ini sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Asia.

Menurutnya, dengan perkhidmatan terbaharu AirAsia itu, kerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran 20 juta pelancong tahun ini.

“Pada suku tahun pertama 2019, kerajaan negeri telah menerima kedatangan seramai 4.79 juta orang pelancong dan pelancong domestik terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 3.4 juta berbanding 1.38 juta pelancong asing.

“Dengan perkhidmatan terbaharu AirAsia ini, kami yakin dapat mencapai sasaran 20 juta pelancong tahun ini dan sehingga Jun ini ia telah mencapai separuh daripada sasaran itu,” katanya pada sidang media sempena Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Air Asia Melaka – Pulau Pinang – Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, penerbangan sulung menghubungkan antara dua Bandaraya Tapak Warisan Dunia ini diharap akan menyumbang pertumbuhan ekonomi jangka panjang untuk Melaka dan Pulau Pinang.

“Melaka merupakan destinasi keenam AirAsia dan laluan ke-14 dari hub Pulau Pinang selepas Kuala Lumpur, Johor Bahru, Langkawi, Kuching, Singapura, Jakarta, Surabaya, Medan, Hanoi, Ho Chi Minh, Bangkok dan Phuket,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tip elak jadi mangsa pencemaran udara
Next: Elmina Valley Five kediaman pegangan bebas kini berada pada fasa terakhir

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.