Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • AirAsia Malaysia tunggu sempadan dibuka ke India
  • ACTIVITY

AirAsia Malaysia tunggu sempadan dibuka ke India

Helmi Aziz April 13, 2022 2 minutes read
1661812.JPG

AIRASIA Malaysia sedang menunggu permintaan penerbangan antarabangsa meningkat selepas sempadan mula dibuka, khususnya di rantau ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, permintaan itu akan ditentukan oleh bagaimana sesebuah negara menyesuaikan diri dengan keadaan Covid-19 sekarang, selain impak daripada pembukaan sempadan mereka.

“Kami juga perlu melihat kepada permintaan, apabila ada permintaan, kami akan berusaha mengambil peluang tetapi ia amat bergantung bagaimana sesebuah negara menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan penerimaan mereka terhadap ketibaan antarabangsa, ini akan menentukan permintaan itu.

“Saya memuji langkah kerajaan sekarang ini. Perjalanan tanpa kuarantin adalah tarikan yang paling utama buat masa ini,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan pengembalian semula enam laluan syarikat penerbangan itu ke India hari ini.

Dengan sempadan dibuka semula, AirAsia mengumumkan bahawa ia akan terbang semula ke Bengaluru, Kolkata, Kochi, Hyderabad, Chennai dan Tiruchirappalli dengan jangkaan 71 penerbangan mingguan menjelang akhir tahun, yang mana syarikat penerbangan itu berharap untuk mencapai kapasiti pra-Covid iaitu lebih daripada 140 orang perkhidmatan mingguan keluar dan masuk India.

“Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia dan perjalanan bebas kuarantin, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pelancong antarabangsa kerana ini akan merangsang secara signifikan sektor pelancongan negara dan ekonomi, seperti yang pernah dicatatkan sebelum pandemik,” katanya.

“Saya fikir daripada segi sumbangan, India akan menyumbang pertumbuhan dua digit yang signifikan ke pasaran kami. Asia dijangka akan menjadi penyumbang utama”.

Riad mendedahkan syarikat penerbangan itu juga sedang menjalankan pelan bagi memulakan kembali laluan ke Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand selepas sempadan mereka dibuka semula.

“Indonesia sedang dibuka dan diharapkan menjelang tahun depan, pembukaan semula sempadan akan berlaku. Dari segi perancangan, semuanya sudah disusun dan saya selesa dengan apa yang sedang kami buat,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Raikan Ramadhan Anda Bersama Warung Lebai Dollah
Next: Selangor catat FDI lebih rendah akibat pandemik

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.