Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • AEON laksana kenaikan gaji minimum RM1,500 bermula Januari lalu
  • ACTIVITY

AEON laksana kenaikan gaji minimum RM1,500 bermula Januari lalu

Helmi Aziz February 16, 2022 1 minute read
1499299.jpg

SHAH ALAM – Rangkaian pasaraya AEON CO. (M) BHD dan AEON BiG (M) SDN BHD (AEON Malaysia) mengumumkan peningkatan gaji minimum bulanan pekerjanya daripada RM1,200 kepada RM1,500 berkuatkuasa 1 Januari 2022.

Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat Aeon Co (M) Bhd dan Aeon BiG (M) Sdn Bhd, Dr Kasuma Satria Mat Jadi berkata, peningkatan itu membabitkan pekerja Gred G dan jumlah tersebut merupakan gaji pokok tidak termasuk elaun atau insentif lain.

“AEON Malaysia sentiasa mengutamakan kebajikan para pekerja dan menyambut baik saranan Kementerian Sumber Manusia.

“Sehubungan dengan itu, tarikh berkuatkuasa gaji minimum oleh AEON Malaysia adalah lebih awal dari tarikh yang disyorkan oleh pihak kerajaan iaitu sehingga hujung tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kasuma berkata, langkah pelaksanaan peningkatan itu juga adalah selari dengan inisiatif kelestarian AEON Sayap Bagimu yang berobjektifkan untuk memberi peluang, dorongan serta sokongan kepada pemegang taruh khususnya mereka yang memerlukan.

“Keputusan yang diambil adalah berlandaskan kepada keprihatinan kami terhadap kebajikan mereka bagi membantu meringankan kos kehidupan yang dihadapi serta mendokong saranan kerajaan yang kami sambut baik, justeru kami melaksanakannya secepat mungkin,” jelasnya.

Untuk rekod, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020 iaitu kenaikan daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, lepasi paras 1,600
Next: Ringgit dibuka tinggi, didorong kelemahan dolar AS

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.