AEON BiG Mid Valley Megamall tawar pengalaman premium

AEON BiG Mid Valley Megamall tawar pengalaman premium

Sheikh Farouk (dua dari kiri), Rohaizi (dua dari kanan) dan Ariffin (kanan) memotong riben sebagai simbolik Majlis Pembukaan Semula AEON BiG Mid Valley Megamall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sheikh Farouk (dua dari kiri), Rohaizi (dua dari kanan) dan Ariffin (kanan) memotong riben sebagai simbolik Majlis Pembukaan Semula AEON BiG Mid Valley Megamall pada Sabtu. – Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

AEON BiG Mid Valley Megamall kini berwajah baharu yang menawarkan pengalaman menarik buat pelanggan membeli-belah di pasar raya itu.

Pengarah Urusan AEON BiG (M), Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, proses ubah suai dijalankan selama enam bulan dan dilakukan secara berperingkat tanpa menutup operasi pasar raya tersebut.

Menurutnya, konsep baharu itu menawarkan pengalaman premium dengan mengekalkan harga mampu milik yang disesuaikan dengan kategori pelanggan termasuk B40 dan M40.

“Cawangan ini telah beroperasi sejak 1999 dan konsep baharu ini bagi memberikan kepuasan pelanggan dengan kemudahan lebih selesa melalui penggantian troli baharu serta fasiliti serba lengkap.

Sumber