Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Bolehkah hantar makanan tidak halal, syubhah?
  • ATTRACTION

Bolehkah hantar makanan tidak halal, syubhah?

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
489631.jpg

PADA masa kini, khidmat pesanan dan penghantaran makanan secara dalam talian bukan sahaja menjadi trend, tetapi juga seakan-akan satu keperluan pula.

Masakan tidak, ia menjimatkan masa kita tanpa perlu keluar membeli makanan dan bersesak-sesak selepas seharian penat bekerja.

Malah, ramai yang menjadikan tugas sebagai penghantar makanan dalam talian itu sebagai kerja sampingan mereka untuk menambah pendapatan keluarga.

Ya, itulah realiti kehidupan sekarang yang memerlukan kemudahan untuk melicinkan rutin harian kita.

Meskipun sudah ada kemudahan sebegitu, sebagai orang Islam, bolehkah kita menghantar makanan yang tidak halal daripada kedai yang tidak mendapat status halal? Apakah hukumnya jika barang makanan tidak halal yang dihantar itu bukan arak?

Sebelum menjawab persoalan berkenaan, perlu kita fahami bahawa rezeki yang halal datangnya daripada jalan yang halal dan tidak syubhah.

Walaupun tidak menjual makanan yang tidak halal itu, namun secara tidak langsung seseorang itu terlibat dalam penghantaran makanan yang rata-ratanya adalah haram dan syubhah.

Maka, wang yang diterima akan terkesan dengan syubhah juga.

Daripada Abi Abdillah Nu’man bin Basyir, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembala binatang gembalanya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun binatang-binatang tersebut akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan ALLAH adalah apa yang DIA haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa dia adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, kita dinasihatkan agar memilih pekerjaan atau menghantar makanan atau produk yang jelas tidak mengandungi unsur-unsur syubhah atau sebarang keraguan.

Sebenarnya, dalam pasaran, ada juga khidmat penghantaran makanan halal yang ditawarkan.

Sebaiknya, pilihlah perkhidmatan atau menghantar makanan yang diyakini dari segi halalnya.

Mengelak diri daripada melakukan suatu perkara yang syubhah adalah lebih baik.

Kepada mereka yang tidak tahu atau pernah ‘terjebak’ dengan pekerjaan berkenaan, lebihan wang yang diterima sebelum ini boleh diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

(Sumber: Portal Soal Jawab Agama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Isuzu DMAX 1.9L BluePower tembusi pasaran Kelantan
Next: Istimewa Hari Malaysia: Segalanya tentang nasi lemak

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.