Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Isuzu DMAX 1.9L BluePower tembusi pasaran Kelantan
  • ATTRACTION

Isuzu DMAX 1.9L BluePower tembusi pasaran Kelantan

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
479963.jpeg

DMAX ditambah baik dengan teknologi lebih cekap, kuasa enjin yang dipertingkatkan

TRAK pikap keluaran terbaru Isuzu DMAX 1.9L BluePower yang ditunggu-tunggu peminat kenderaan itu kini menembusi pasaran Kelantan bermula Selasa lalu.

Pengarah Eksekutif, Masayuki Suzuki berkata, negeri ini terpilih menjadi lokasi pelancaran seterusnya selepas acara utama yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 18 September lalu berdasarkan permintaan di negeri ini.

Katanya, DMAX dikenali dengan ketahanan dan penjimatan bahan api dan kini ditambah baik dengan teknologi yang lebih cekap dan kuasa enjin yang dipertingkatkan.

“D-Max ini dipadankan dengan enjin 1.9L baru yang dikenali dengan nama RZ4E dan melepasi ujikaji teliti oleh pihak Isuzu.

Mengikut spesifikasi enjin RZ4E, ia merupakan enjin 1.9L 4-selinder DOHC 16V common rail direct injection dan dilengkapi dengan pengecas turbo (VGS).

“Kini DMAX baharu bukan hanya boleh menggunakan diesel Euro2M Malaysia malah ia juga diuji dan terbukti mempunyai kadar penjimatan bahan api yang cukup baik (8L/100km),” katanya selepas menyempurnakan gimik pelancaran di Tapang, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Beliau berkata, sistem transmisi pula ditawarkan dalam dua kotak gear enam kelajuan manual dan automatik yang pecutan 0-100 km/j kini hanya mengambil masa kira-kira 13.7 saat (13.9 saat untuk kotak gear manual).

“Dari segi luaran, Isuzu D-Max tampil dengan beberapa peningkatan minimum seperti lampu nyalaan siang LED yang lebih panjang, rekaan bampar yang lebih segar dengan kemasan krom melintangi bahagian muka hadapan trak pikap itu.

“Pintu ruang barangan juga menggunakan bahan yang lebih ringan, membolehkan pengguna mengangkat pintu tersebut dengan hanya satu jari sahaja dan ciri tersebut ditawarkan sebagai satu pilihan kepada para pembeli,” katanya.

Tambahnya, Isuzu Malaysia menyediakan pilihan 11 varian kepada bakal pembeli sehingga paling tinggi enjin 3.0T automatik.

Terdapat enam warna pilihan iaitu Magnum White, Silky Pearl White, Titan Silver, Stallion Black, Red Spinel dan Sapphire Blue.

Sementara, harga Isuzu D-Max 1.9L 4×2 MT Low-Ride serendah RM80,149.20 sehingga Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT-P bernilai RM120,838.20.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Gaya anggun Neelofa hadir acara fesyen antarabangsa
Next: Bolehkah hantar makanan tidak halal, syubhah?

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.