Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Malaysia #QuranHour: Perak rekod hotspot tertinggi
  • ATTRACTION

Malaysia #QuranHour: Perak rekod hotspot tertinggi

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
445513.jpg
IPOH – Perak merekodkan jumlah lokasi tumpuan tertinggi pada penganjuran Malaysia #QuranHour yang berlangsung serentak, hari ini dengan 1,606 ‘hotspot’.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu yang melibatkan 700 hotspot di seluruh negeri.

Penyelaras Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah berkata, peningkatan itu adalah hasil sokongan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang menjadi penganjur bersama tahun ini.

“Selain daripada rumah-rumah ngaji, program sama turut diadakan secara serentak di 623 masjid dan surau yang mendirikan solat Jumaat yang ada di negeri ini.

“Ini satu pencapaian positif buat Rumah Ngaji Perak selepas termeterainya kerjasama antara Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Di Perak, Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali Masjid Negeri dipilih sebagai lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour dengan penyertaan lebih 1,500 orang.

Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datin Normah Hanum Ibrahim berkata, lebih istimewa kali ini apabila pihaknya mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri yang membenarkan program berkenaan diadakan di 974 sekolah termasuk 149 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan 46 SJK Tamil.

Katanya, ruang itu bertepatan dengan usaha digerakkan rumah ngaji untuk mengajak generasi muda mencintai al-Quran.

“Semestinya kita mengharapkan lebih ramai anak-anak muda dapat berinteraksi dengan al Quran kerana itu kita mahu pastikan baik pelajar sekolah rendah, menengah termasuklah tahfiz ada bersama kita dalam program ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Mohd Husin berkata, #QuranHour membawa perkembangan baik kepada Perak dalam membudayakan bacaan al-Quran.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Cerita mekanik jalanan
Next: Raja, Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia bakal menang baucar RM3,000

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.