Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Cerita mekanik jalanan
  • ATTRACTION

Cerita mekanik jalanan

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
1573769219_434756.jpg

KETIKA ramai orang dibuai mimpi, mekanik jalanan, Rahmat Azahari Sufian Tan sedang tekun membaiki motosikal pelanggannya di kaki lima kedai di Bandar Raya Ipoh walaupun hujan renyai dan waktu sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi.

Rahmat Azahari, 42, yang sudah berpengalaman selama 20 tahun menjadi mekanik jalanan antara lain menyediakan perkhidmatan membaiki motosikal dan kereta seperti membaiki enjin, tayar pancit, palam pencucuh dan masalah mekanikal.

Beliau memilih untuk bekerja dalam bidang tersebut kerana ingin membantu orang yang dalam kesulitan terutama pada waktu malam di sekitar bandar raya Ipoh.

“Niat saya kerja malam, nak tolong orang, duit itu kemudian, yang penting kita tolong dulu,” katanya kepada Bernama di Ipoh, Perak baru-bar ini.

Rahmat Azahari yang masih bujang berkata, menjadi mekanik jalanan memberikan lebih kepuasan kepadanya kerana beliau dapat membantu orang secara terus.

Beliau juga tidak kisah berkerja di kaki lima, di tempat gelap, berhujan dan berpanas bagi mendapatkan rezeki yang halal.

“Biasanya pelanggan menghubungi saya melalui telefon atau berjumpa di salah sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Idris Shah kerana saya biasanya berada di situ sementara menunggu pelanggan,” katanya.

Beliau menggunakan motosikal ketika menjalankan kerjanya kerana lebih mudah bergerak terutama jika pelanggan itu berada di kawasan yang sukar dilalui kereta.

RAHMAT tekun membaiki motosikal pelanggannya di Bandaraya Ipoh, baru baru ini.
- fotoBERNAMA (2019)

RAHMAT tekun membaiki motosikal pelanggannya di Bandaraya Ipoh, baru baru ini.
– fotoBERNAMA (2019)

Cabaran

Ditanya apakah cabaran-cabaran yang direntas sejak menjadi mekanik jalanan, lelaki itu berkata, selain hujan dan panas ialah orang di persekitaran.

“Saya pernah hampir dirodok dengan botol kaca oleh orang kurang siuman ketika sedang membaiki motosikal pelanggan tetapi alhamdulillah, saya dapat menenangkan keadaan.

“Kena tipu itu biasa, janji nak bayar tetapi hilang terus namun kita bersangka baik mungkin dia dalam kesusahan jadi kena ingat niat saya bekerja ini untuk membantu orang,” katanya dengan menambah kerjaya tersebut memerlukan kesabaran dan keberanian.

Rahmat Azahari bersyukur kerana dengan pendapatan yang diperolehnya itu, beliau dapat menjaga ibu dan adik perempuannya.

“Saya tidak mempunyai apa-apa sijil, tetapi demi tanggungjawab saya terus belajar mendalami kemahiran membaiki kereta dan motosikal untuk mendapatkan rezeki yang halal,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Dimensi harmoni, daya hidup
Next: Malaysia #QuranHour: Perak rekod hotspot tertinggi

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.