Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Restu, doa ibu bapa penting untuk dapatkan reda ALLAH
  • ATTRACTION

Restu, doa ibu bapa penting untuk dapatkan reda ALLAH

Helmi Aziz November 15, 2019 3 minutes read
510747.jpg

IBU bapa merupakan individu yang dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai penyebab kewujudan setiap manusia di dunia ini. Mereka telah menabur banyak kebaikan dan bakti yang tidak terhitung kepada anak-anak termasuk mendidik dan membesarkan kita hingga dewasa.

Ibu bapa sanggup bersusah payah dan mengorbankan diri sendiri demi kebaikan anak-anak. Oleh sebab itu, ALLAH SWT memerintahkan kepada setiap hamba-NYA agar wajib berbuat baik terhadap kedua ibu bapa.

Firman ALLAH SWT: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Selain itu, ALLAH melarang keras terhadap sikap penderhakaan ke atas kedua-duanya dan menyakiti hati mereka.

Malah, wajib si anak melayan ibu bapanya dengan layanan yang baik, sepertimana firman ALLAH dalam ayat yang sama: “Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Pesanan Baginda

Oleh itu, restu dan reda ibu bapa dalam kehidupan seseorang itu sangat penting kerana ia sebagai punca untuk mendapatkan keredaan ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Reda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat at-Tirmidzi)

TAAT dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa selagi mana mereka tidak memerintahkan kita agar melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

TAAT dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa selagi mana mereka tidak memerintahkan kita agar melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

Maka jelaslah sepertimana dalam hadis tersebut, baginda SAW menyatakan, jika ibu bapa atau salah seorang daripada mereka murka terhadap anaknya, itu bermakna ALLAH juga murka terhadap anak itu. Selain daripada melayani ibu bapa dengan baik, seseorang itu wajib juga mentaati perintah kedua-duanya. Hal itu sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui pesanan baginda kepada Abu al-Darda’ RA.

Sabda baginda SAW: “Dan taatilah kedua ibu bapamu, meskipun mereka memerintahkan kamu agar keluar dari duniamu, maka keluarlah demi mereka berdua.” (Riwayat Ibnu Majah)

Taat, buat baik kepada ibu bapa

Bayangkan, baginda SAW memerintahkan agar taat kepada ibu bapa meskipun hanya berkaitan dengan duniawi seorang anak, apatah lagi perkara yang berkait rapat dengan hak-hak kedua ibu bapa. Berdasarkan hadis di atas, Imam al-Bukhari menyebut dalam karyanya al-Adab al-Mufrad bahawa setiap anak wajib berbuat baik dan mentaati kedua ibu bapanya selagi mana ia tidak melibatkan perkara maksiat atau melanggar perintah ALLAH.

Ini bermakna, jika ibu bapa memerintahkan anaknya agar melakukan maksiat atau meninggalkan perintah ALLAH, maka wajib si anak mengingkari perintah itu. Contohnya, ibu bapa melarang anak daripada menunaikan ibadah haji atau mendirikan solat.

Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, wajib si anak mentaati kepada ibu bapanya walaupun dalam perkara syubhah, apatah lagi perkara-perkara yang harus.

Ini bermakna, hukum asal sesuatu itu harus (tidak wajib) menurut syarak boleh bertukar menjadi wajib jika itu yang diperintahkan oleh ibu bapa. Contohnya, membeli makanan untuk ibu bapa hukumnya harus, tetapi apabila diperintahkan oleh kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka, maka ia menjadi kewajipan kepada si anak selagi mana dia mampu untuk melakukannya.

Bagi mereka yang ibu bapanya sudah kembali ke Rahmatullah, masih ada peluang yang besar bagi si anak untuk berbakti orang tuanya yang sudah tiada.

Ia disarankan sendiri oleh Rasulullah SAW sendiri melalui hadis sahih yang mana seorang lelaki bertanya kepada baginda: “Adakah masih ada peluang untuknya berbakti kepada ibu bapanya yang sudah tiada?” Lalu Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ya, ada empat perkara (cara), iaitu mendoakan dan memohon pengampunan untuk kedua-duanya, melunaskan wasiat mereka, memuliakan sahabat karib mereka dan menghubungkan tali silaturahim saudara-mara mereka yang tiada hubungan pertalian darah (melalui penyusuan dan perkahwinan seperti ipar-duai dan anak-anaknya).” (Riwayat Abu Daud)

***Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed merupakan pendakwah bebas dan penulis.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Disk Image mampu lindungi dokumen peribadi
Next: Nasihat menusuk kalbu ustaz buat penghidap kanser

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.