Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Jangan ‘keringkan’ dosa sendiri, orang lain
  • ATTRACTION

Jangan ‘keringkan’ dosa sendiri, orang lain

Helmi Aziz May 21, 2019 2 minutes read
294895.jpg

MESKIPUN berpuasa, masih ada lagi orang yang tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Ia sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadis Riwayat al-Nasa’i.

Pendakwah, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dai Fuad berkata, perkara itu memang boleh berlaku secara realitinya apabila seseorang mengumpat orang lain atau meneruskan budaya ‘membawang’ pada bulan Ramadan.

“Adapun, orang yang ‘membawang’ sebenarnya melakukan dosa-dosa kering. Bermaksud percuma sahaja pahala puasa tersebut sehinggakan dia tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Maka, sebab itu, perkara ini sangat penting untuk kita pelihara,” katanya kepada Sinar Islam.

Menurut beliau, ada dua lagi perkara yang tidak boleh dipandang remeh iaitu memelihara mata dan menjaga aurat dengan sebaiknya kerana dibimbangi ‘mengeringkan’ pahala puasa kita.

“Contohnya, wanita pergi mencari juadah untuk berbuka puasa dengan berpakaian ketat. Ia bukan sahaja merugikan pahala orang lain, bahkan, merugikan pahala si pemakai.

“Justeru, saya ingin berpesan kepada kaum hawa, tutup aurat sebaiknya. Jangan mensia-siakan ibadah orang lain. Kita bukan hanya merosakkan diri kita tetapi merosakkan ibadah orang juga. Pastikan kita sentiasa menjaga perkara ini supaya kita tak mendatangkan musibah kepada orang lain,” ujar beliau yang turut mengingatkan umat Islam agar mengawal nafsu dan mengelak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka puasa.

Sementara itu, seorang lagi pendakwah, Senator Ustazah Asmak Husin berkata, puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.

USTAZAH ASMAK

USTAZAH ASMAK

“Ia merupakan satu proses untuk mendapatkan ketakwaan sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran, menerusi Surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 5.

“Di dalam surah ini, ALLAH menjelaskan kepada kita bagaimana kita hendak mendapatkan takwa itu. Dalam ayat itu, ALLAH sebutkan al-Quran itu adalah hidayah kepada orang yang bertakwa. Bagaimana hendak takwa itu? Perkara pertama yang kita buat adalah kena membetulkan perkara akidah.

“Maknanya, ketika bulan Ramadan ini, kita kena betulkan akidah kita. Kalau pergi pasar atau bazar Ramadan, akidah juga kena betul. Kalau sistem kepercayaan kita tak betul, itu yang kita nampak semua makanan dijual sedap sehingga mendorong kita beli banyak tetapi akhirnya, tidak dimakan,” katanya.

Menurut beliau, kita berpuasa bukan untuk kurus atau melampiaskan nafsu sebaliknya untuk mendapatkan takwa dengan beribadah sepanjang bulan mulia ini.

“Fokuslah dalam bulan Ramadan kerana ia hanya datang sekali sahaja dalam setahun. Ramadan ini adalah peluang untuk kita ‘sistematikkan’ kembali gaya hidup seorang muslim yang sebenar. Sebab itu, ALLAH susunkan daripada pagi bangun sahur, solat Subuh, seterusnya, kita akan buat kerja-kerja rutin,” ujarnya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Myvi generasi ke-3 lancar di Singapura
Next: 6 langkah hilangkan jeragat guna bahan alami

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.