Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Eksport produk nanas negara meningkat
  • ACTIVITY

Eksport produk nanas negara meningkat

Helmi Aziz May 20, 2019 2 minutes read
321111.jpg

JOHOR BAHRU – Eksport produk nanas Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 56 peratus pada tahun lalu berbanding 2017, susulan daripada peningkatan permintaan yang tinggi dari luar negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, jumlah eksport produk nanas negara pada tahun lalu adalah sebanyak RM342 juta berbanding RM208 juta pada tahun sebelumnya.

“Eksport produk nanas merangkumi nanas segar, nanas kaleng, jus nanas, produk industri asas tani, benih dan nanas ornamental.

“Produk nanas Malaysia dieksport ke lebih 20 buah negara seperti Jepun, Korea, China, Hong Kong, Singapura, UAE, Arab Saudi, Iran, Mesir, Jerman dan Perancis,” katanya ketika ditemui melawat premis usahawan tart nanas di Taman Bukit Indah di sini hari ini.

Salahuddin berkata, nilai import produk nanas adalah RM159 juta menjadikan nilai imbangan dagangan produk nanas negara adalah positif iaitu sebanyak RM183 juta.

Katanya, peningkatan eksport produk nanas negara juga melibatkan peningkatan permintaan pasaran domestik Malaysia bagi nanas segar terutama MD2 yang dilihat terus bertambah disebabkan popularitinya.

“Sektor tanaman nanas akan terus diperluaskan terutamanya bagi varieti premium MD2 serta lain-lain varieti bagi memenuhi pasaran eksport seperti N36 dan Josapine.

“Kerajaan telah mengkategorikan nanas sebagai sumber rezeki baru negara memandangkan potensinya yang dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada pekebun dan pengusaha terlibat,” katanya.

Selain itu, katanya, Malaysia juga bersaing dengan beberapa negara pengeksport seperti Filipina dan Costa Rica, namun nanas negara ini mempunyai kelebihan dari segi kualiti buah yang dihasilkan.

“Ia merangkumi aspek ciri-ciri buah seperti kadar kemanisan, berat, rupa dan juga aspek keselamatan makanan serta Good Agricultural Practise (MyGAP),” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Cara membersihkan luka dengan betul
Next: Tuah ‘mengidam’ kereta hot wheels

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.