Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Ini tip tambah berat anak kurus, kurang selera makan
  • Sport

Ini tip tambah berat anak kurus, kurang selera makan

Helmi Aziz April 19, 2019 3 minutes read
253075.jpg

RAMAI ibu bapa yang risau apabila anak mereka terlalu kurus, terutamanya jika kedua ibu bapa tersebut bertubuh sihat.

Hal ini membuatkan mereka tercari-cari cara menaikkan berat badan bayi.

Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi badan anak terlalu kurus atau gemuk. Contohnya genetik dan selera makan anak itu sendiri.

Stepehen R. Daniels, seorang profesor pediatrik di Children’s Hospital Medical Center Cincinnati menyatakan:

“Berat badan anak adalah dinamik dan boleh berubah seiring dengan pertumbuhannya.”

Anda perlu risau jika tinggi anak semakin bertambah tetapi tidak beratnya. Ini mungkin disebabkan selera makan yang berkurang. Tetapi, bukan mudah untuk memaksa anak makan lebih banyak.

Sebelum membuat keputusan untuk memberi nutrisi tambahan kepada anak, dan mencari cara menaikkan berat badan bayi, anda harus memastikan kedudukan berat anak di dalam graf berat badan.

Bincangkan hal ini dengan doktor atau pediatrik dan mereka akan membantu mengira BMI anak anda, sama ada seimbang atau terlalu kurus.

Sekiranya anak anda betul-betul dinyatakan terlalu kurus, anda boleh memulakan program menambah nutrisi bagi menaikkan berat badannya.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda lakukan:

1. Makan secara konsisten. Mempunyai jadual yang teratur boleh membantu menaikkan berat badan secara sihat. Jangan biarkan anak anda terlewat mengikuti jadual makan kerana ini boleh menyebabkan dia kehilangan nutrisi penting.

2. Kuantiti lebih besar. Sediakan bahagian atau saiz hidangan yang lebih besar untuk mereka. Seperti potongan buah yang lebih besar dan susu di dalam gelas yang lebih besar. Jika mereka ingin tambah, galakkan mereka.

3. Kalori lebih tinggi. Berikan mereka makanan yang lebih tinggi kalori. Ini kerana makanan tinggi kalori boleh membantu menaikkan berat badan dengan lebih cepat. Anda boleh membaca label untuk mengetahui tentang kalori sesuatu makanan.

4. Jus dan susu rendah lemak. Biasakan memberi mereka minuman berkalori seperti jus buah dan susu. Ini salah satu cara yang efektif dalam membantu menaikkan berat badan anak.

5. Kekacang, mentega kacang, avokado dan minyak zaitun. Antara contoh makanan yang mengandungi lemak sihat yang tinggi serta boleh membantu menaikkan berat badan anak.

Harus diingat yang proses menaikkan berat badan anak mesti dilakukan secara berperingkat dan bukanlah dalam waktu yang singkat.

Info penting semasa menggalakkan anak anda yang terlalu kurus untuk makan

Terdapat beberapa perkara yang harus anda perhatikan:

a. Tidak memaksa Memaksa akan membuatkan mereka hilang minat untuk makan. Variasikan makanan dan mereka akan lebih mudah untuk makan.

b. Perut kecil Mereka mungkin akan makan dalam kuantiti yang sedikit kerana saiz perut yang kecil, namun kerap makan. Memberi mereka snek adalah salah satu cara yang baik untuk mereka kerap makan. Berikan snek sihat seperti buah, roti atau kekacang yang penuh dengan nutrien sihat.

c. Cerewet Memang ini adalah normal bagi anak-anak kecil. Jadi ibu bapa harus menjadi kreatif bagi menjadikan hidangan nampak lebih menarik. Hiaskan dengan membuat karakter kartun untuk mereka.

d. Membeli dan memasak makanan Libatkan mereka dalam aktiviti membeli-belah bahan mentah dan menyediakan makanan. Mereka pasti lebih teruja untuk makan makanan yang mereka sendiri sediakan.

e. Berdebat Jika anak anda memilih makanan yang ingin dimakannya, asalkan ia sihat, biarkan mereka memilih. Usah berdebat dan menjatuhkan semangat ingin makan mereka.

Sebenarnya, sekiranya anak anda kelihatan kurus, namun seleranya tetap ada, tidak ada perkara yang anda harus risau.

Teruskan memberi makanan yang seimbang dan sihat kepada mereka.

Memberi makan yang berlebihan juga tidak bagus dan boleh membawa masalah kesihatan yang lain.

Pendek kata, semuanya harus berpada-pada. Tidak kurang dan tidak juga lebih. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Sumber: theasianparentindonesia



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bolehkah menarik semula sedekah?
Next: Miti, Microsoft berkolaboratif tubuhkan pusat kecerdasan buatan bagi industri masa depan

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.