Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Wajibkah menggantikan puasa sunat yang dibatalkan?
  • ATTRACTION

Wajibkah menggantikan puasa sunat yang dibatalkan?

Helmi Aziz April 19, 2019 3 minutes read
259149.jpg

SALINA MUHAMMAD, 25, berpuasa sunat hari ini. Beliau mahu meraih pahala apatah lagi dalam bulan Syaaban ini.

Namun, secara tiba-tiba rakan baiknya yang datang dari kampung datang ke pejabatnya di Kuala Lumpur dan mengajaknya makan bersama.

Mahu ditolak, beliau berasa serba salah kerana rakannya datang dari jauh. Akhirnya, dirinya mengambil keputusan membatalkan puasanya hari ini.

Namun, di benaknya beliau terfikir. Perlukah beliau qada puasa sunat yang dibatalkannya itu?

Dalam hal qada (menggantikan) puasa sunat yang dibatalkan ini, para ulama berbeza dua pendapat.

Pendapat pertama, tidak wajib untuk menggantikan puasa mutlak secara mutlak sama ada meninggalkannya kerana mempunyai keuzuran atau tidak.

Ini kerana puasa sunat tidak wajib pada permulaannya, maka, tidak wajib untuk menggantikannya jika ia dibatalkan.

Ia merupakan pendapat mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali.

Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Nabi SAW telah datang kepadaku pada suatu hari lalu bertanya: “Adakah di sisimu sesuatu (makanan)?”. Aku menjawab: “Tidak”, Nabi SAW berkata: “Jika begitu, aku berpuasa”. Kemudian baginda mendatangi aku pada hari yang lain, maka aku berkata: “Ya Rasulullah, aku telah menerima hadiah hais (sejenis makanan Arab yang terdiri daripada campuran kurma, keju dan minyak)”, maka baginda bersabda: “Bawakan kepadaku, sesungguhnya aku telah berpuasa pada waktu pagi, maka sekarang aku akan makan.” (Riwayat Muslim)

Pendapat kedua pula adalah wajib menggantikan puasa sunat yang dibatalkan kecuali pada lima hari yang diharamkan untuk berpuasa iaitu hari raya puasa, hari raya korban dan tiga hari tasyrik.

Namun, ia hanya pendapat fuqaha’ dari mazhab Hanafi.

Ia berdasarkan hadis, daripada Aisyah RA, beliau berkata, “Aku dan Hafsah telah diberikan hadiah makanan dan kami berdua berpuasa, maka kami membuka puasa”. Kemudian Rasulullah SAW datang kepada kami, lalu kami berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya kami telah diberikan hadiah, kemudian kami berasa lapar lalu kami membuka puasa”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak mengapa, ke atas kamu berdua menggantikannya pada hari lain.” (Riwayat Abu Daud)

Namun, Imam Nawawi menilai hadis ini sebagai lemah dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab.

Dalam hal ini, kesimpulannya, majoriti ulama berpandangan tidak wajib menggantikan puasa sunat yang dibatalkan.

Walaupun begitu, apabila menghimpunkan hadis Aisyah dan Hafsah yang diperintahkan Nabi untuk berpuasa ganti sunat, maka, ia menjadikan hukumnya adalah sunat.

Ia berdasarkan Ithaf Zawi al-Basa’ir bi Syarh Raudhah al-Nazir, “Sesungguhnya, mengqada yang sunat itu hukumnya sunat sebagaimana mengqada yang wajib itu hukumnya wajib.”

Semoga ALLAH memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih untuk memahami syariat-Nya.

(Sumber: Al=Kafi #1198: Mengganti Puasa Sunat yang Dibatalkan, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Em Fitness pupuk staf E-Mutiara lebih cergas
Next: Cabaran anak autisme

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.