Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • MASDO Raikan 10 Tahun dalam Industri Muzik dengan “Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap” & Pengumuman Konsert Mega!
  • Entertainment
  • Music
  • News

MASDO Raikan 10 Tahun dalam Industri Muzik dengan “Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap” & Pengumuman Konsert Mega!

Helmi Aziz May 2, 2025 3 minutes read
Masdo_1

Kugiran retro moden kesayangan ramai, MASDO, meraikan satu dekad perjalanan seni mereka dalam industri muzik dengan cara yang cukup unik dan mengejutkan! Bertempat di Saloma, Kuala Lumpur, majlis bertajuk “Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap” berlangsung dengan meriah pada 30 April 2025 jam 9 malam, menghimpunkan lebih 200 peminat setia serta rakan-rakan media.

Beberapa hari sebelum acara berlangsung, para peminat mula membuat spekulasi selepas ahli kumpulan, Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri, memuat naik hantaran berbentuk kriptik di Instagram mereka, seakan memberi bayangan akan berlakunya satu pengumuman besar. Teka-teki ini akhirnya terjawab pada malam perjumpaan rahsia tersebut.

Sebagai penghargaan buat para peminat, MASDO menghadiahkan persembahan eksklusif secara langsung menerusi Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap yang mengimbau kenangan lagu-lagu hits mereka. Antara lagu yang dipersembahkan termasuk “Dinda”, “Lautan Asmara”, “Janji Manis”, “Bunga” dan “Berchanda di Malam Indah”, yang menghangatkan suasana dan membuat para hadirin bernyanyi bersama.

Detik kemuncak malam yang dinanti-nantikan tiba apabila MASDO merungkai poster rasmi konsert ulang tahun ke-10 mereka dengan penuh simbolik, menarik turun kain yang menutupi bangunan MATIC diiringi dengan letupan bunga api. Acara yang dinantikan, ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ dianjurkan oleh Hitman Solutions itu bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 di Idea Live Arena KL @ 3 Damansara.

Konsert ini bakal berlangsung di lokasi konsert terbaru di Malaysia, Idea Live Arena KL @ 3 Damansara dan MASDO merupakan artis pertama yang mengumumkan konsertnya di lokasi tersebut. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan 7,000 pax, MASDO boleh menyambut ulang tahun ke-10 mereka bersama para peminat dengan suasana yang lebih intim.

Peminat boleh pra-daftar mulai 30 April hingga 1 Mei untuk dapatkan harga Rockzone Early Bird – RM128. Sekiranya terlepas, peminat masih boleh membeli tiket semasa Public Sale dengan harga Rockzone (Free Standing) – RM148 dan Cat 1 (Free Seating) – RM198.

Sidang media dan ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ ini dibawakan oleh Hitman Solutions, sebuah penganjur berpengalaman lebih 15 tahun dalam penganjuran dan pemasaran konsert tempatan serta antarabangsa. Dengan kepakaran dalam merealisasikan acara berskala besar, konsert ke-10 MASDO dijangka menyajikan deretan lagu hits bersama produksi bertaraf tinggi yang menjanjikan pengalaman luar biasa buat para penonton.

Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Group, turut berkongsi mengenai konsert yang bakal berlangsung ini, “Sebagai rakyat Malaysia yang turut bergiat dalam dunia hiburan dan muzik, kami sentiasa mencari peluang untuk menyokong artis tempatan. Dengan pengalaman, bakat, dan legasi MASDO yang tidak pernah pudar sepanjang satu dekad ini, ulang tahun ke-10 mereka perlu diraikan dengan penuh meriah. Bagi kami, pengumuman besar ini perlu dimulakan dengan sesuatu yang benar-benar istimewa dan penuh kejutan, supaya perjalanan menuju hari konsert nanti menjadi lebih bermakna.

Dengan sokongan padu daripada peminat setia mereka, kami yakin konsert ini bakal meraih sambutan luar biasa, bukan sahaja daripada peminat lama tetapi juga yang baharu.”

Konsert yang penuh gemilang ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan daripada penganjur, Hitman Solutions, dengan kerjasama Warner Music serta rakan-rakan rasmi iaitu, Kugiran Masdo Empire (Pengurusan Artis), Saloma Kuala Lumpur (Venue Rasmi), ERA, Sinar & Gegar (Radio Rasmi), dan Astro Gempak (Media Rasmi). Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket, sila layari hitmanlive.com atau ikuti akaun rasmi MASDO (@kugiranmasdo) dan Hitman Solutions (@hitmansolutions) di media sosial.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tiga Lagu Raya Rocketfuel Entertainment Cipta Kejayaan Luar Biasa dengan Lebih 1.7 Bilion Tontonan
Next: Bella Astillah & Ade Govinda Lancar Lagu “Lebih Indah Berpisah”, Sebuah Perjalanan Keberanian Melepaskan Cinta Demi Kebahagiaan

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.