Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bigpay patuh syariah menjelang akhir tahun
  • ACTIVITY

Bigpay patuh syariah menjelang akhir tahun

Helmi Aziz March 30, 2019 2 minutes read
246417.JPG

AIRASIA Group Bhd menyasarkan aplikasi e-wang, Bigpay, mematuhi prinsip Syarikah menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes berkata pada masa ini sebahagian besar urusan kewangan syarikat penerbangan itu adalah berasaskan perbankan Islam, dan berharap Bigpay akan mengguna pakai sistem itu tidak lama lagi.

“Kami kini dalam peringkat awal melaksanakannya dan berharap kami dapat merealisasikannya menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Mengenai sama ada AirAsia berminat untuk mengambil alih Malaysia Airlines Bhd (MAB), Tony berkata beliau mahukan saingan sihat dalam industri penerbangan tempatan.

“Satu syarikat penerbangan saja tidak baik dalam pasaran. MAB ialah syarikat penerbangan premium manakala AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang rendah. Kedua-duanya mempunyai pasaran sasaran yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata tidak mengapa untuk menanggung kerugian kerana peluang sentiasa ada untuk kembali mencatat keuntungan, menerusi bantuan pengurusan yang tepat.

“Semasa kami mula-mula mengambil alih AirAsia pada 2001, kami banyak menanggung hutang, sekarang kami membuat keuntungan, semuanya boleh berubah,” katanya.

Terdahulu, Tony melancarkan autobiografinya ‘Terbang Tinggi’, versi Bahasa Malaysia bagi ‘Flying High’, yang diterbitkan oleh Karangkraf.

Beliau berharap orang ramai memperoleh inspirasi untuk mencapai impian kerana tidak ada yang mustahil, selain tidak boleh takutkan kegagalan.

“Buku saya bukan sahaja mengenai kejayaan, malah terdapat banyak kegagalan. Anda hanya ada satu hayat. Maksimumkannya kerana anda tidak pernah tahu bila hari terakhir anda,” katanya. -Bernama

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes (tiga, kiri) dan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub (tiga, kanan) bergambar bersama buku autobiografi beliau bertajuk 'Terbang Tinggi' pada Pameran Buku Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Buku yang diterbitkan oleh Kumpulan Buku Karangkraf itu boleh didapati pada harga RM35 di KLIBF 2019 dan akan mula dijual di semua kedai buku utama bulan hadapan. -Foto Bernama

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes (tiga, kiri) dan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub (tiga, kanan) bergambar bersama buku autobiografi beliau bertajuk ‘Terbang Tinggi’ pada Pameran Buku Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Buku yang diterbitkan oleh Kumpulan Buku Karangkraf itu boleh didapati pada harga RM35 di KLIBF 2019 dan akan mula dijual di semua kedai buku utama bulan hadapan. -Foto Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Serah petisyen mewajibkan vaksin
Next: 'Saya andartu, ada masalahkah?'

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.