Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • 6 destinasi terbaik pilihan Agoda untuk lihat bunga sakura
  • ATTRACTION

6 destinasi terbaik pilihan Agoda untuk lihat bunga sakura

Helmi Aziz March 11, 2019 4 minutes read
215478.jpg

MUSIM bunga bakal menjelang lagi dan ini bermakna tibalah masanya untuk pokok-pokok sakura berbunga.

Ambil peluang ini untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama orang tersayang anda di bawah pokok-pokok sakura yang indah.

Walaupun negara Jepun dan bandar Washington, D.C, Amerika Syarikat (AS) merupakan lokasi paling terkenal bagi menikmati bunga sakura, ia juga boleh didapati di tempat-tempat lain di serata dunia.

Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang di dunia, berkongsi tempat-tempat di Asia, AS dan Eropah untuk menikmati aktiviti tradisi hanami atau ‘menyaksikan mekarnya bunga’ dalam Bahasa Jepun.

1. Jinhae, Changwon, South Korea

Pesta Jinhae Gunhangie menarik sekurang-kurangya dua juta pengunjung setiap tahun.

Pesta musim bunga yang terbesar di Korea Selatan ini pada asalnya adalah sebuah upacara memperingati Laksamana Yi Sun-sin.

Nikmati pesta ini dengan bersiar-siar di Jambatan Romance yang indah yang mana bunga-bunga sakura berkembang di sepanjang Sungai Yeojwacheon dan di Stesen Keretapi Gyeonghwa. Pokok-pokok sakura tumbuh sejajar dengan landasan kereta api.

Masa terbaik untuk mengunjungi tempat ini adalah pada bulan Mac sehingga April.

Terletak berhampiran dengan destinasi-destinasi yang wajib dikunjungi di sekitar kota ini, M-Stay Hotel Changwon. Ia merupakan tempat penginapan yang ideal bagi para pelancong yang ingin kekal sibuk sepanjang perjalanan mereka.

KOREA merupakan salah satu destinasi paling popular pada musim bunga dalam kalangan rakyat Malaysia.

KOREA merupakan salah satu destinasi paling popular pada musim bunga dalam kalangan rakyat Malaysia.

2. Dien Bien Phu, Vietnam

Masih belum diketahui ramai, Pulau Hoa di Vietnam yang terletak di tengah-tengah Tasik Pa Khoang di sebelah timur bandar Dien Bien Phu adalah sebuah lokasi yang terbaik untuk melihat bunga sakura.

Tahukah anda bahawa tempat ini telah dipilih oleh saintis Vietnam, Dr Tran Le setelah beliau menjelajah ke setiap pelusuk Vietnam untuk mencari tempat yang sesuai bagi menanam benih pokok sakura yang dihadiahkan oleh rakannya dari Jepun?

Menginap bersama keluarga anda di Hoang Anh Villa yang menampilkan kolam renang luar dan halaman yang luas untuk melakukan aktiviti hanami atau menyaksikan mekarnya bunga sakura.

KEPADA yang baharu hendak merasai pengalaman merentas musim bunga, apa kata pergi dahulu ke Vietnam. Banyak juga kesan sejarah di situ!

KEPADA yang baharu hendak merasai pengalaman merentas musim bunga, apa kata pergi dahulu ke Vietnam. Banyak juga kesan sejarah di situ!

3. Washington D.C., America

Pesta Kebangsaan Cherry Blossom yang berlangsung selama tiga minggu meraikan ketibaan musim bunga dan pada yang sama memberi penghormatan kepada kedua-dua budaya Amerika dan Jepun.

Sejumlah 3,000 pokok sakura yang terdapat di sini telah dihadiahkan oleh Datuk Bandar Tokyo, Yukio Ozaki pada tahun 1912 dan menjadi satu lambang talian persahabatan di antara kedua-dua negara tersebut.

Nikmati pemandangan indah umpama lautan bunga sakura di Tidal Basin, dan bermalam di The Wink Hotel Washington D.C.

Hotel ini yang terletak di tengah-tengah kota raya amat sesuai bagi pelancong yang ingin mengalami sepenuhnya apa yang ditawarkan oleh kota yang meriah ini.

WASHINGTON D.C juga tidak kurang hebatnya tetapi sediakan bajet secukupnya untuk terbang ke sana.

WASHINGTON D.C juga tidak kurang hebatnya tetapi sediakan bajet secukupnya untuk terbang ke sana.

4. Edinburgh, Scotland

Bawa bekalan perkelahan dan kunjungilah The Meadows, di bandar Edinburgh, Scotland.

Ambil tempat anda di salah sebuah bangku di bawah rimbunan pohon dan nikmati pemandangan indah bunga-bunga berwarna merah jambu sambil berehat.

Rancang untuk meluangkan masa di luar rumah dengan membawa selimut dan novel kegemaran anda.

Menginap di Radisson Blu Edinburgh yang terletak di Royal Mile yang bersejarah di tengah-tengah kota Edinburgh.

Lokasi hotel ini adalah berhampiran dengan tempat-tempat tarikan pelancong utama, pusat membeli-belah dan The Meadows.

ANDA dicadangkan menginap di Radisson Blu Edinburgh yang terletak di Royal Mile, di tengah-tengah kota Edinburgh.

ANDA dicadangkan menginap di Radisson Blu Edinburgh yang terletak di Royal Mile, di tengah-tengah kota Edinburgh.

5. Paris, France

Tidak banyak tempat di dunia ini yang romantik dan seindah kota Paris yang turut dikenali sebagai City of Lights.

Pada setiap musim bunga, kawasan perumahan dan taman-taman di sekitar ibu negara Perancis ini akan dipenuhi oleh bunga-bunga sakura yang mempesonakan.

Saksikan panorama indah ini sambil bersiar-siar melalui Parc du Champ de Mars di bawah Menara Eiffel Tower yang tersohor.

Menginap dalam serba kemewahan di Park Hyatt Vendome Hotel di Rue de la Paix yang berprestij di tengah-tengah kota Paris.

Hotel bertaraf lima bintang ini terletak berhampiran dengan pintu gerbang terkenal Place de la Concorde dan Arc de Triomphe di Champs Elysees.

WOW! Paris pastinya destinasi pilihan pasangan untuk berbulan madu.

WOW! Paris pastinya destinasi pilihan pasangan untuk berbulan madu.

6. Kyoto, Japan

Akhirnya, kunjungilah negara Jepun, destinasi yang paling terkemuka di Asia yang merupakan tempat asalnya aktiviti hanami.

Walaupun bunga sakura boleh didapati di mana-mana sahaja di negara Jepun, Kyoto mempunyai salah satu laluan jalan kaki yang terbaik termasuk Philosopher’s Path, sebuah terusan yang diapit oleh ratusan pokok-pokok sakura.

Baru dibuka pada tahun 2018, Nest Hotel Kyoto Shijokarasuma yang terletak ditengah-tengah kota ini, memudahkan akses ke tempat-tempat tarikan pelancong.

KYOTO merupakan destinasi idaman ramai dalam kalangan kita. Pastinya berkunjung ke sana pada musim bunga akan memberi kenangan yang paling bermakna.

KYOTO merupakan destinasi idaman ramai dalam kalangan kita. Pastinya berkunjung ke sana pada musim bunga akan memberi kenangan yang paling bermakna.

GAMBAR Agoda, A Virtual Korea, Maze Vietnam, Roadtrippers, inlingua Edinburgh, Every Day Parisian, Smithsonian Magazine dan 2 Aussie Travellers



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bahaya guna earphone, headphone terlalu lama
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.