Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • “Saya ingin tunjuk rasa syukur dengan bersedekah makanan kepada gelandangan.”
  • ATTRACTION

“Saya ingin tunjuk rasa syukur dengan bersedekah makanan kepada gelandangan.”

Helmi Aziz March 7, 2019 3 minutes read
214188.jpg

TIADA siapa sangka restoran bertaraf lima bintang yang terletak hanya beberapa blok dari White House, Washington D.C memberi makanan kepada orang miskin dan gelandangan di kota besar itu.

Istimewanya, semua secara percuma dan pemberian itu dilakukan setiap hari tanpa gagal.

Kazi Mannan yang merupakan tuan empunya Restoran Sakina Halal Grill berkata kepada media antarabangsa, beliau tidak kisah berbuat demikian.

Siapa Mannan, lelaki yang sangat pemurah ini? Mannan ialah seorang imigran yang datang dari sebuah perkampungan kecil di Pakistan.

Semasa dia mula menjejak kaki ke Washington pada tahun 1996, dia hanya mempunyai US$5 dalam poketnya.

MANNAN tidak mahu pengalaman buruknya sebagai gelandangan suatu ketika dulu dialami orang lain.

MANNAN tidak mahu pengalaman buruknya sebagai gelandangan suatu ketika dulu dialami orang lain.

PERNAH HIDUP JADI GELANDANGAN SUATU KETIKA DAHULU

“Satu ketika dulu saya seperti mereka (gelandangan) yang tidak mempunyai wang untuk hidup. Saya berjalan melalui restoran-restoran tetapi saya tiada wang mahu beli makanan. Satu hal lagi, tiada siapa yang benarkan kita memasuki kawasan restoran mereka,” ceritanya.

Selepas rezeki Manan melimpah-ruah dan dia sudah mempunyai kewangan kukuh, lelaki ini membuka sebuah restoran berasaskan makanan Pakistan pada tahun 2013. Katanya, dia berazam tidak mahu nasib yang pernah dilaluinya dulu, dialami oleh orang lain.

Kata lelaki ini, makanan dan ‘atmosfera’ yang dinikmati oleh golongan gelandangan sama seperti para pelanggannya yang lain.

“Jika, mereka berkata mahukan makanan percuma, saya beri. Saya tidak akan tanya soalan dan mengadili mereka,” katanya yang mempraktikkan ‘polisi’ itu sejak lima tahun lalu.

ANTARA makanan yang disediakan di restoran berkenaan.

ANTARA makanan yang disediakan di restoran berkenaan.

SUDAH BERI 16,000 HIDANGAN PERCUMA

Sepanjang tahun 2018, Mannan menganggarkan restorannya telah menyediakan lebih 16,000 hidangan percuma.

Ujar Mannan lagi, disebabkan sudah lama menyediakan perkhidmatan ini, beliau dan pekerjanya sudah mengenali komuniti gelandangan di Washington.

“Ramai antara mereka sudah menjadi pelanggan tetap kami. Kami kenal mereka dan apa yang mereka mahu untuk makan.

“Ada antara mereka yang mempunyai masalah gigi, jadi, kita beri mereka makan ayam tanpa tulang. Ada juga gelandangan yang berdepan dengan masalah ketagihan alkohol dan dadah.

RESTORAN Sakina Halal Grill hanya terletak beberapa blok sahaja dengan bangunan White House.

RESTORAN Sakina Halal Grill hanya terletak beberapa blok sahaja dengan bangunan White House.

HARTAWAN AJAR KITA SUPAYA JANGAN PANDANG RENDAH PADA GELANDANGAN

Mannan berkata, sepanjang bersama mereka yang kurang bernasib baik itu, dia melihat orang ramai sangat takut dengan gelandangan kerana mereka sangat kotor, ada masalah mental, masalah kesihatan.

“Masyarakat fikir, kalau ajak gelandangan masuk ke dalam (restoran), ia akan rosakkan bisnes. Saya beritahu mereka, lihat pada kehidupan saya dan lihat pada restoran saya, adakah saya nampak kotor,” soalnya.

Restoran Sakina Halal Gril sungguh memukau, segala dekorasi termasuk kertas dinding premis diimport dari Pakistan.

Ujar Mannan: “Saya tak mahu sebarang derma. Tetapi jika kamu datang untuk makan di sini, itu merupakan tanda sokongan anda dalam membantu restoran yang menawarkan kebaikan dan kasih sayang kepada semua orang.

“Sesungguhnya, saya ingin menunjukkan rasa syukur dengan memberi sedekah berbentuk makanan kepada gelandangan.”



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Perodua sumbang Bezza kepada Polis Selangor
Next: Tenang, jangan tergesa-gesa sangat ketika beribadah

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.