Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Event
  • PELANCARAN BUTIK BUSANA BAJU MELAYU ELRAH EXCLUSIVE DI ‘SHOPPES AT FOUR SEASONS PLACE’
  • Event
  • Fashion

PELANCARAN BUTIK BUSANA BAJU MELAYU ELRAH EXCLUSIVE DI ‘SHOPPES AT FOUR SEASONS PLACE’

Helmi Aziz February 27, 2024 (Last updated: February 29, 2024) 2 minutes read

Majlis pelancaran butik busana baju Melayu mewah, ELRAH EXCLUSIVE, berlangsung di ‘Shoppes at Four Seasons Place’ di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis ini menunjukkan bermulanya lembaran baharu bagi jenama tersebut yang mempamerkan pelbagai koleksi baju Melayu mereka yang eksklusif bersempena perayaan Aidilfitri 2024 tahun ini. Dengan kehadiran yang kukuh di pasaran Malaysia dan Thailand selama lebih sedekad, Elrah Exclusive membuktikan ia mampu menarik perhatian pelanggan dengan rangkaian lebih 100 pilihan warna yang menarik dalam koleksi terbaru mereka.

Rekaan baju Elrah Exclusive yang terkenal dengan potongan segak bersama butang unik dan aksesori lainnya bakal tampil lebih mewah dari segi kemasannya di koleksi raya tahun ini. Koleksi baju melayu Elrah 2024 menggunakan bahan ‘abloh crepe‘ berkualiti tinggi, dan menawarkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai. Saiz yang ditawarkan pula bermula dari XXS hingga XXL sesuai untuk semua peringkat umur.

Harga bagi sepasang baju melayu Elrah adalah mampu milik bermula dari RM99 sehingga ke RM199. Di antara ciri-ciri istimewa pada rekaan baju melayu Elrah adalah kerana potongan slim fit dengan zip sisi kiri-paduan tradisi dan tren, mencipta penampilan yang menawan serta aksesori ekslusif percuma seperti pin rantai logo, butang octagon, sapu tangan percuma berserta kotak ekslusif.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh pengasas Elrah Exclusive serta duta rasmi jenama Elrah iaitu Tn. El Azman selaku pengasas Elrah Exclusive, serta Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairi selaku duta jenama ini. Butik ini telah dirasmikan pada 26th February 2024 pada jam 3.00 pm. Terdapat pelbagai koleksi pakaian yang dijual, antaranya seperti Baju Melayu Ultimate 2.0, Baju Melayu Luxe Teluk Belanga, Kurta Klasik Eksklusif, Jubah Eksklusif, koleksi pakaian kanak-kanak dan sampin Elrah.

Lokasi ini dipilih kerana ia berada di tengah ibu kota dan sekaligus dilihat sebagai lokasi yang paling strategik dan premium di dalam Four Seasons Place. Ia juga mengambil kira jumlah trafik dan tumpuan pembeli yang banyak, maka lokasi ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari keperluan baju Melayu di tengah kota.

Butik ini mensasarkan golongan yang ingin merasakan suasana yang selesa dan mewah untuk pelanggan setia Elrah Exclusive dengan harga yang mampu milik. Bagi sebarang keterangan atau pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Amirun Nazreen di talian 017-2413839, Pegawai Operasi Elrah Exclusive Shoppes at Four Seasons Place.

 

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ‘FEEL DA STARZ’ ADALAH PROGRAM REALITI UNTUK KOMUNITI FELDA.
Next: HONOR Announces the Global Launch of HONOR Magic6 Pro and AI PC HONOR MagicBook Pro 16 at MWC 2024

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • Event
  • Industry & Manufacturing
  • News
  • Technology & Innovation

Exploring the Future of Smart Manufacturing at SEMICON Southeast Asia 2026

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.