Penyanyi kelahiran Singapura, Iman Fandi, melancarkan EP terbaharunya, Afterglow, pada 25 September 2026 di semua platform penstriman muzik utama. Karya ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan seninya sebagai artis bebas.
Menggabungkan muzik pop kontemporari dan R&B moden, Afterglow mengetengahkan tema keyakinan diri, perkembangan peribadi dan keberanian untuk mengejar cita-cita. EP ini turut meneroka konflik emosi dalam hubungan serta kepentingan melepaskan perkara yang tidak lagi membawa kebaikan.
EP ini menghimpunkan tiga single terdahulu, iaitu Tip Toes, Out Of My Mind dan IT IS, dalam sebuah karya yang mencerminkan perkembangan identiti serta hala tuju muzik Iman.
Pelancaran ini menyusul selepas tahun yang bermakna buat Iman, termasuk persembahannya di Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura di hadapan kira-kira 42,000 penonton dan penampilan sulungnya di Amerika Syarikat menerusi acara Broadus Together: Superstar Among Friends di Los Angeles.
Menerusi Afterglow, Iman mengajak pendengar menghargai perjalanan hidup, meraikan pencapaian dan terus melangkah dengan keyakinan diri.









