Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Event
  • “Prestasi Cemerlang Lelaki-Lelaki Ikonik dalam Pelbagai Arena”
  • Event

“Prestasi Cemerlang Lelaki-Lelaki Ikonik dalam Pelbagai Arena”

Helmi Aziz January 26, 2024 3 minutes read

 

Nadir Al-Nuri meraih penghargaan tertinggi di Majlis Malam Pengiktirafan Nona Superhero Award 2023. Seorang aktivis kemanusiaan Malaysia, Nadir telah menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak tahun 2013. Beliau juga dikenali sebagai Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menonjolkan peranannya dalam membawa perubahan positif ke dalam masyarakat.

Majlis anugerah yang diadakan oleh majalah Nona buat kali kedua ini disampaikan kepada 18 individu  ikonik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan kerjaya yang mencetus revolusi Malaysia sepanjang  tahun 2023.  

Malam kemuncak Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 ini berlangsung di  Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM  Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; Yang Berhormat  Dato‘ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP); serta Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan  & Koperasi (KUSKOP). 

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Majlis Nona Superhero Award 2023 ini  menjadi satu platform penting untuk menghargai individu ikonik yang telah mencetus revolusi dalam  pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara“. Beliau turut menyatakan  kebanggaannya terhadap semua penerima anugerah, menyebut mereka sebagai wira-wira negara yang  memotivasikan generasi muda untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia. 

Menurut Kiffy Razak, Head of Business Woman Segment, “Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di  Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira  sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu  bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing.  Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!” 

SENARAI ANUGERAH NONA SUPERHERO 2023

ANUGERAH  PENERIMA
1  Nona Superhero Award  Nadir Al-Nuri
2  Nona Men’s Motivator Award  Prof Dato’ Dr Noordin Darus
3  Nona Men’s Fashion Brand Award  Datuk Radzuan Radziwill
4  Nona Men’s Legend Award  Anuar Zain
5  Nona Men’s Active Award  Mohd Al Jufferi Jamari 
6  Nona Men’s Inspiring Award  Boss James
7  Nona Men’s Celebrity Business Award  Nubhan Ahamad
8  Nona Best F&B Business Award  Azrain Mohamad
9  Nona Men’s Style Icon Award  Hun Haqeem 
10  Nona Men’s Social Media Influencer Award  Ryan Bakery
11  Nona Men’s Paralympic Award  Muhammad Ammar Aiman 

 

12  Nona Best Innovative F&B Business Award  Cef Nazri Jameson  

Beard Brothers

13  Nona Best Medispa Award  Dr Abdul Haq Ab Wasa 

Estika Medispa

14  Nona Best Future Education Fund Award  Ahmad Dasuki Abdul Majid  

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN)

15  Nona Best Aesthetician Award  Dr Abdullah @ Maliq Alias  

Dr Cute International 

16  Nona Best Community Dakwah Centre  Award Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof  Murtadha Dakwah Centre (MADAD) 
17  Nona Best Hair Service & Product Award  Chez Hamdan  

ChezKamya Professional

18  Nona Best Edupreneur Award  Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim  Al Kauthar Eduqids 


Pada malam ini juga Nu Ideaktiv turut melancarkan aplikasi ‘Content Aggregator’ terbaru di Malaysia,  yang dinamakan seeNI. SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 penerbit terkemuka  seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi,  seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari. Di seeNI,  terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video,  sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda. Dengan tagline ‘Segalanya di seeNI’ di mana  seeNI dilihat sebagai lubuk multigenerasi, seeNI beraspirasi untuk memberikan solusi pintar kepada  masyarakat. Dapatkan aplikasi seeNI di App Store dan Google Play Store sekarang.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit dibuka rendah susulan permintaan dolar AS meningkat
Next: KEMBALI DENGAN SINGLE BARU, ELLY MAZLEIN “SAYAP”

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • Event
  • Industry & Manufacturing
  • News
  • Technology & Innovation

Exploring the Future of Smart Manufacturing at SEMICON Southeast Asia 2026

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.