Nadir Al-Nuri meraih penghargaan tertinggi di Majlis Malam Pengiktirafan Nona Superhero Award 2023. Seorang aktivis kemanusiaan Malaysia, Nadir telah menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak tahun 2013. Beliau juga dikenali sebagai Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menonjolkan peranannya dalam membawa perubahan positif ke dalam masyarakat. Majlis anugerah yang diadakan oleh majalah Nona buat kali kedua ini disampaikan kepada 18 individu ikonik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan kerjaya yang mencetus revolusi Malaysia sepanjang tahun 2023. Malam kemuncak Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 ini berlangsung di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; Yang Berhormat Dato‘ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP); serta Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP). Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Majlis Nona Superhero Award 2023 ini menjadi satu platform penting untuk menghargai individu ikonik yang telah mencetus revolusi dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara“. Beliau turut menyatakan kebanggaannya terhadap semua penerima anugerah, menyebut mereka sebagai wira-wira negara yang memotivasikan generasi muda untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia. Menurut Kiffy Razak, Head of Business Woman Segment, “Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing. Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!” SENARAI ANUGERAH NONA SUPERHERO 2023 ANUGERAH PENERIMA 1 Nona Superhero Award Nadir Al-Nuri 2 Nona Men’s Motivator Award Prof Dato’ Dr Noordin Darus 3 Nona Men’s Fashion Brand Award Datuk Radzuan Radziwill 4 Nona Men’s Legend Award Anuar Zain 5 Nona Men’s Active Award Mohd Al Jufferi Jamari 6 Nona Men’s Inspiring Award Boss James 7 Nona Men’s Celebrity Business Award Nubhan Ahamad 8 Nona Best F&B Business Award Azrain Mohamad 9 Nona Men’s Style Icon Award Hun Haqeem 10 Nona Men’s Social Media Influencer Award Ryan Bakery 11 Nona Men’s Paralympic Award Muhammad Ammar Aiman 12 Nona Best Innovative F&B Business Award Cef Nazri Jameson Beard Brothers 13 Nona Best Medispa Award Dr Abdul Haq Ab Wasa Estika Medispa 14 Nona Best Future Education Fund Award Ahmad Dasuki Abdul Majid Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 15 Nona Best Aesthetician Award Dr Abdullah @ Maliq Alias Dr Cute International 16 Nona Best Community Dakwah Centre Award Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof Murtadha Dakwah Centre (MADAD) 17 Nona Best Hair Service & Product Award Chez Hamdan ChezKamya Professional 18 Nona Best Edupreneur Award Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim Al Kauthar Eduqids Pada malam ini juga Nu Ideaktiv turut melancarkan aplikasi ‘Content Aggregator’ terbaru di Malaysia, yang dinamakan seeNI. SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 penerbit terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi, seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari. Di seeNI, terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video, sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda. Dengan tagline ‘Segalanya di seeNI’ di mana seeNI dilihat sebagai lubuk multigenerasi, seeNI beraspirasi untuk memberikan solusi pintar kepada masyarakat. Dapatkan aplikasi seeNI di App Store dan Google Play Store sekarang. Post navigation SCSB Mengadakan Program Wacana ‘Srikandi’ Sempena Hari Wanita Sedunia YEF 2024: Executing the National Plan for Empowering Youth Economy.