Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Dana asing RM138.6j masuki pasaran ekuiti minggu ini
  • ACTIVITY

Dana asing RM138.6j masuki pasaran ekuiti minggu ini

Helmi Aziz February 11, 2019 3 minutes read
181146.jpg

PELABUR asing merupakan pembeli bersih dalam pasaran ekuiti Malaysia apabila menyuntik sejumlah RM138.6 juta bagi tempoh Isnin hingga Khamis berbanding RM146.8 juta pada minggu lepas.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aliran dana asing itu dicatatkan walaupun dalam persekitaran faktor luaran yang tidak menentu.

“Jangkaan bahawa Kadar Dana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mencecah kemuncak pada 2.50 peratus berkemungkinan besar telah mendorong kemasukan dana asing untuk meninjau aset pasaran negara sedang pesat membangun.

“Prospek pertumbuhan global juga ternyata agak lemah berdasarkan Indeks Pengurus Pembelian Global (PMI) baru-baru ini bagi sektor pembuatan yang susut kepada 50.7 mata pada Januari berbanding 51.5 mata pada Disember 2018,” katanya kepada Bernama.

Namun, Mohd Afzanizam berkata pasaran tenaga kerja AS terbukti kukuh berdasarkan pengumuman data Penggajian Bukan Perladangan bagi Januari serta upah lebih tinggi yang turut melangkaui jangkaan awal.

Malah, perkembangan itu, katanya, dijangka menggalakkan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk meneruskan usaha memperketat aspek monetari apabila kadar inflasi terus meningkat.

“Jika itu berlaku, ini mungkin memberi kesan kepada aliran modal dan pasaran mata wang,” katanya.

Sementara itu, penganalisis MIDF Research Adam M Rahim berkata Januari 2019 menyaksikan aliran masuk bersih asing sebanyak RM1.03 bilion iaitu aliran masuk bulanan pertama sejak September tahun lepas.

Menurutnya, peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) mingguan sebanyak 21 peratus ke paras melebihi RM1 bilion bagi minggu kedua berturut-turut, juga amat ketara membabitkan pelabur asing.

Bagi tempoh minggu yang baru berakhir ini juga tidak menyaksikan sebarang pengumuman penting korporat manakala pasaran tempatan ditutup selama dua hari pada 5-6 Feb lepas bersempena cuti Tahun Baru Cina.

Pada Jumaat, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan dengan menokok 2.99 mata kepada 1,686.52 berbanding 1,683.53 pada Khamis lepas.

Pasaran tempatan juga ditutup pada 1 Februari lepas bersempena cuti Hari Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Malaysia, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan pula berpendapat peningkatan kecil aliran dana asing itu menunjukkan Malaysia berada dalam kedudukan untuk seiring dengan negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

Sentimen pasaran bagaimanapun, kekal berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap cabaran akibat pertikaian dagangan AS-China yang berlanjutan serta pertumbuhan global.

“Kerajaan perlu menggalakkan penyertaan lebih ramai pelabur asing dalam usaha menyuntik dana asing ke dalam negara ini,” katanya.

Pada 8 Februari lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelabur antarabangsa kini yakin dengan potensi ekonomi Malaysia selain faktor keupayaan kerajaan memacu kemajuan ekonomi.

Menurutnya, Malaysia juga kekal sebagai destinasi pelaburan menarik bagi pelabur selain komitmen kerajaan terhadap aspek prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lim turut mengetuai satu delegasi kementerian dalam jelajah tiga hari bermula 6 Februari lepas ke Jepun untuk menemui pelabur dan pegawai negara itu bersempena penerbitan bon Samurai.

Selain itu, mengulas prestasi ringgit, Nazri Khan berkata unit tempatan itu dijangka diniagakan pada kadar lebih tinggi minggu depan iaitu 4.00 berbanding dolar AS yang dipacu oleh aktiviti belian sederhana.

“Kami berpendapat ringgit akan mengukuh sedikit berikutan jangkaan bahawa dolar AS akan terus susut pada minggu depan,” katanya.

Pada Jumaat, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan iaitu 4.0670/0720 berbanding dolar AS iaitu paras yang kali terakhir dicatatkan pada 20 Julai 2018 apabila mencecah 4.0600/0630. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pencinta rumah antik
Next: Sentuhan tradisional rambut menawan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.