Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • ‘Go Malaysia Deals’ sasar tarik 10,000 ketibaan pelancong dari Singapura
  • ACTIVITY

‘Go Malaysia Deals’ sasar tarik 10,000 ketibaan pelancong dari Singapura

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read

SINGAPURA – Kempen ‘Go Malaysia Deals’ disasarkan menarik kira-kira 10,000 ketibaan pelancong dari Singapura ke Malaysia dalam tempoh dua bulan.

‘Go Malaysia Deals’, yang bermula hari ini, menyaksikan perkongsian Tourism Malaysia dengan EasyBook.com yang beribu pejabat di sini dan syarikat bas terpilih serta hotel di Malaysia, untuk menawarkan keseluruhan enam pakej khususnya bagi memenuhi pasaran Singapura.

Bercakap kepada Bernama semasa pelancaran kempen itu di sini, Pengarah Tourism Malaysia di sini, Edzuar Zar Ayob Azari berkata Singapura adalah pasaran penting memandangkan ia memegang kira-kira 46 peratus ketibaan pelancong di Malaysia.

Beliau berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama 2018, Malaysia menerima 7,830,117 ketibaan pelancong dari Singapura dengan perbelanjaan pelancong sebanyak RM3.7 bilion.

“Seiring dengan trend tempahan pelancongan secara dalam talian semakin meningkat, sudah sampai masanya untuk kita mula melaksanakan kerjasama strategik dengan agensi pelancongan dalam talian yang terkenal di Singapura,” katanya.

Edzuar Zar berkata destinasi utama yang ditawarkan menerusi ‘Go Malaysia Deals’ adalah dipilih berdasarkan kesesuaian rakyat Singapura, yang kebanyakannya memilih untuk melancong ke destinasi popular bagi menjalani aktiviti seperti membeli-belah, lawatan dan menikmati makanan.

Pakej itu boleh dibeli hanya melalui EasyBook.com.

Tempahan kini dibuka hingga 15 Mac, 2019 bagi perjalanan ke Malaysia antara 29 Jan dan 31 Mac, 2019.

Bagi kempen itu, EasyBook.com menawarkan pakej percutian singkat istimewa yang berbaloi dari segi wang dan potongan 15 peratus ke atas tempahan bas dari Singapura ke Malaysia, sah dengan kod promosi ‘GOMY15’.

Hotel yang ditampilkan sebagai sebahagian pakej ini termasuk Hotel Equatorial Melaka, Capri by Fraser Kuala Lumpur, Hotel Impiana Ipoh, Hotel Berjaya Pulau Pinang, Grand Ion Delemen Genting Highlands dan Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Urusan EasyBook.com, William Lee, sebagai platform tiket pengangkutan dalam talian sehenti terbesar dan popular di Asia Tenggara, EasyBook menyediakan pengangkutan pelancongan air dan darat kepada beribu destinasi sejak 12 tahun lepas.

“Ini turut termasuk tiket feri, kereta api dan bas ke Malaysia. Sejak itu, kami telah membawa berjuta-juta pelancong dari Singapura ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata platform itu disepadukan dengan 300 syarikat bas serta 50 pengendali feri di Malaysia.

EasyBook.com diasaskan pada 2006 telah menjual lebih lima juta tiket dalam talian setakat ini.

Ia membawa lebih 700,000 pelancong dari Singapura ke Malaysia tahun lepas, meningkat hampir sekali ganda daripada 480,000 pelancong pada 2017.

Laluan Singapura-Malaysia merupakan penyumbang perolehan terbesar ke EasyBook dengan kira-kira 200 perjalanan bas setiap hari menghubungkan dua negara ini. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Enggan bebankan pelanggan, Pak John Steambot & BBQ serap Cukai SST
Next: AirAsia, AirAsia X catatkan pertumbuhan penumpang

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.