Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Alami kuasa Blaze 95 TriAction Advantage
  • ATTRACTION

Alami kuasa Blaze 95 TriAction Advantage

Helmi Aziz February 3, 2019 3 minutes read
125983.JPG

PETRON Malaysia menganjurkan pengembaraan media ‘road trip’ eksklusif pada 28 dan 29 November lalu di salah satu laluan yang mencabar dan menarik di negara ini untuk membuktikan formula aditif TriAction Advantage Blaze 95.

Pengembaraan mengumpulkan peserta yang terdiri daripada 20 penulis media dan blogger untuk sesi memandu dalam perjalanan sejauh 280 kilometer selama 7 jam.

Pemanduan bermula dari stesen minyak Petron MRR2 Selayang, Kuala Lumpur dan berhenti di Kuala Gandah dan Temerloh sebelum menamatkan perjalanan di Gambang, Pahang.

KEMBARA TAHUNAN

Peserta diberi peluang untuk merasai pemanduan yang menggunakan minyak Petron Blaze 95 yang dirumuskan dengan TriAction Advantage.

Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, Petron sangat teruja untuk mengadakan kembara tahunan bersama media.

“Ini ialah kembara kelima kami secara berturut-turut dengan media yang merupakan sebahagian daripada promosi bahan api fuel happy kami yang inovatif dan perkhidmatan pelanggan terbaik di stesen kami,” katanya.

Tambahnya lagi perjalanan selama dua hari itu dikuasai sepenuhnya oleh Petron Blaze 95 manakala perjalanan para peserta disediakan secara eksklusif daripada syarikat kereta terkemuka, Euromobil Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd dan Perodua Sales Sdn Bhd.

Pihak media diberikan peluang untuk menguji kuasa dan kecekapan Petron Blaze 95 dengan TriAction Advantage apabila konvoi melalui jalan berbukit dan berliku dengan pemanduan bersama Audi A6 dan Q3, Honda CRV serta Perodua Myvi sebelum berhenti rehat di Tempat Perlindungan Gajah Kuala Gandah.

Konvoi kemudiannya diteruskan dan sekali lagi berhenti di Temerloh bagi menikmati lauk tradisional Patin Tempoyak. Kesemua kenderaan mengisi semula minyak di Petron KM 3.5 Mile Jalan Gambang.

“Pengembaraan ini menonjolkan bahan api Blaze 95 RON Petron yang dikuasai dengan teknologi aditif kami, TriAction Advantage yang memberikan perlindungan enjin dan kuasa yang lebih baik serta lebih kilometer,” ujar Choong.

Untuk menyerlahkan kecekapan Blaze 95, Petron telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Automotif dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk mengukur dan mengesahkan prestasi dan penggunaan bahan api setiap kereta yang mengambil bahagian.

FORMULASI TRIACTION ADVANTAGE

Dalam sesi perkongsian produk, para peserta diperkenalkan kepada Perkhidmatan Teknikal Petron yang diketuai oleh Penasihat Khidmat Teknikal Kanan di Petron, Chew Choy, yang berkongsi maklumat mengenai produk Petron, iaitu Blaze 100 Euro 4M Petron, 97 Euro 4M Petron, Blaze 95 Petron dan formulasi TriAction Advantage.

“Formula TriAction Advantage menawarkan kuasa yang lebih baik, lebih kilometer, dan perlindungan enjin terbaik kerana ia merupakan gabungan dari detergen, pengubah geseran dan penambahan aditif pembakaran organik dalam bahan api,” katanya.

Detergen yang terdapat di dalam TriAction Advantage memastikan sistem inlet enjin bersih, dan beroperasi dengan kecekapan maksimum. Kenderaan akan mengalami penggunaan tenaga dan bahan api yang lebih baik dengan pengubah geseran TriAction Advantage yang membantu mengurangkan geseran antara dinding piston dan silinder.

TriAction Advantage juga mengandungi penambahan pembakaran organik, sebatian organik bebas dan tidak berabu untuk melancarkan pembakaran bahan api. Ia menghasilkan tindak balas pemangkin, yang memecah rantaian molekular panjang, membolehkan lebih banyak oksigen bergabung dengan molekul karbon, sehingga menghasilkan bahan bakar untuk dibakar sepenuhnya, memberikan lebih kilometer yang lebih baik dan pelepasan kurang berbahaya.

Kembara tahunan Petron merupakan perjalanan jarak jauh yang menyeronokkan eksklusif untuk ahli media untuk mengalami pengalaman produk bertaraf dunia dan perkhidmatan peribadi yang ditawarkan hanya di stesen minyak Petron.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Unit pestech peroleh kontrak bernilai RM280.89 juta TNB
Next: Tahun Berubah, Hidup Terarah

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.