Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • ‘Kempen penuh adab, berhemah’
  • ATTRACTION

‘Kempen penuh adab, berhemah’

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
151530.jpg

TUMPUAN rakyat ketika ini pastinya terarah pada kehangatan kempen PRK Parlimen Cameroh Highlands, selepas selesainya proses penamaan calon kelmarin.

Secara rasminya juga, empat calon bakal bersaingan bagi merebut kerusi untuk mewakili masyarakat di kawasan pelancongan bersuhu sejuk yang terkenal di negara itu.

Semua sedia maklum, apabila adanya persaingan, maka setiap calon dan penyokong parti yang bertanding akan menggunakan pelbagai cara untuk menarik pengundi supaya memilih calon mereka.

Namun, dalam keghairahan berkempen itu, nilai-nilai dan adab perlu dijaga supaya tidak wujud fitnah dan atau sebarang unsur yang tidak baik.

Peringatan penting ini bukan sahaja perlu difahami penyokong, tetapi lebih penting lagi calon itu sendiri yang bakal dipilih sebagai wakil rakyat atau pemimpin masyarakat selepas memenangi PRK itu nanti.

Pensyarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Madya Dr Wan Mohd Yusof Wan Chik berkata, seseorang yang ingin menjadi pemimpin yang terbaik, perlu gunakan cara yang baik untuk memenangi jawatan yang diingini itu.

Katanya lagi, niat dan cara yang betul perlu seiring supaya jawatan yang diperolehi itu nanti lebih diberkati.

“Sebagai contoh, apabila kita sukakan wanita dan berhasrat untuk menikahinya, tetapi kita tahu wanita tersebut bertunang dengan lelaki lain.

“Namun disebabkan kita inginkan juga wanita tersebut kita gunakan cara yang tidak betul untuk memilikinya. Ianya salah.

“Samalah juga situasinya dalam menghadapi kempen pilihan raya. Sesiapa sahaja calon yang bertanding, perlu diingat gunalah cara yang betul.

“Jangan berkempen dengan memburukkan orang lain atau pun fitnah semata-mata kita mahu dia dibenci dan rakyat memberikan kemenangan kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, cara itu bukan sahaja tidak betul, malah tersasar daripada landasan kemanusiaan yang sebenar, apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam.

“Sekalipun kita menang selepas berjaya memfitnah orang lain, bukan sahaja tidak memperoleh pahala, sebaliknya juga turut mendapat dosa.

“Justeru, selaku rakyat Malaysia yang masih kekal dengan adat dan budaya Timur, haruslah diingat bahawa kekalkan kempen yang penuh adab dan berhemah,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: CBR1000RR Fireblade 2019 tampil serba baharu
Next: Unit pestech peroleh kontrak bernilai RM280.89 juta TNB

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.