RINGGIT memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila data ekonomi AS terkini yang lebih baik mungkin boleh mendorong lonjakan dalam hasil bon AS, kata penganalisis. Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai pada 4.7425/7475 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jualan runcit AS yang lebih baik daripada jangkaan meningkat 0.7 peratus bulan ke bulan pada September berbanding anggaran 0.3 peratus. Pengeluaran perindustrian AS turut menunjukkan pertumbuhan yang sihat dengan kadar penggunaan kapasiti dalam sektor pembuatan mengukuh kepada 79.7 peratus pada September daripada 79.5 peratus sebelumnya. Sumber Post navigation Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian Avaland, AmBank jalin kerjasama pembiayaan hijau RM129.8 juta
RINGGIT memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila data ekonomi AS terkini yang lebih baik mungkin boleh mendorong lonjakan dalam hasil bon AS, kata penganalisis. Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai pada 4.7425/7475 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jualan runcit AS yang lebih baik daripada jangkaan meningkat 0.7 peratus bulan ke bulan pada September berbanding anggaran 0.3 peratus. Pengeluaran perindustrian AS turut menunjukkan pertumbuhan yang sihat dengan kadar penggunaan kapasiti dalam sektor pembuatan mengukuh kepada 79.7 peratus pada September daripada 79.5 peratus sebelumnya.