Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Keluarga IRONMAN Alfred – Sinar Harian
  • ATTRACTION

Keluarga IRONMAN Alfred – Sinar Harian

Helmi Aziz March 3, 2023 3 minutes read
510134.JPG

BERSAING dalam acara IRONMAN sememangnya memerlukan disiplin, tekad dan komitmen. Ciri-ciri tersebut harus ditanam dari semasa ke semasa. Masakan tidak, setiap atlet IRONMAN perlu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), 180km dan 42.195km.

Apabila Alfred Cheong membuat keputusan untuk bersaing dalam sukan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal, lelaki itu mengetahui, ia akan mengubah kehidupannya.

Bercerita lanjut, Alfred memberitahu, beliau memulakan sukan itu pada tahun 2017 selepas membaca artikel mengenai IRONMAN paling berusia, Yee Sze Mun yang berusia 82 tahun.

“Saya melawat Sze Mun di rumahnya dan dia menunjukkan kepada saya semua pingatnya. Saya benar-benar terinspirasi dan hal tersebut membuatkan saya mahu mengambil bahagian dalam IRONMAN,” katanya yang juga merupakan Pengarah Urusan di firma kejuruteraannya sendiri.

Sebagai persediaan awal, Alfred menyertai acara Olympic Distance dan melibatkan diri pada Penang Cross Channel.Bersama keluarga

Pada tahun ini, Alfred akan turut diiringi isterinya, Christine Loh, 52, dan dua anak mereka, Joanne dan Samuel pada percubaan sulung mereka dalam acara IRONMAN di Langkawi, Kedah yang bermula pada 26 Oktober lalu.

Mereka akan menghadapi cabaran untuk berenang 1.9km di sepanjang pantai Pantai Kok, berbasikal (90km) di kawasan berbukit Pulau Langkawi dan menyelesaikan acara larian 21.1km (ke Meritus Pelangi Beach Resort & Spa).

Jadi, bagaimana jurutera itu memberi inspirasi kepada seluruh keluarganya untuk mengambil bahagian dalam acara IRONMAN?

USIA bukan penghalang buat Irondad, Alfred untuk menyertai Ironman 70.3 Langkawi.

USIA bukan penghalang buat Irondad, Alfred untuk menyertai Ironman 70.3 Langkawi.

Kata isteri Alfred, Christine: “Pada mulanya, kami hanya menemaninya, kami semua mahu mengikuti dia ke semua tempat yang indah dan berfikir kenapa tidak mula menyertai dia untuk pertandingan IRONMAN juga.”

Wanita itu berkata, beliau memulakan latihan dengan menyertai Standard Chartered Marathon selain menyertai maraton di Chiang Mai, Thailand.

Minat Alfred dan Christine, 52, kemudian turut mempengaruhi anak mereka, Joanne untuk terlibat dalam sukan lasak itu.

“Ayah mempunyai tenaga yang begitu banyak pada usianya kini dan ia telah menjadi inspirasi kepada kami semua.

“Untuk memantapkan diri, saya bermula dengan berjalan pada tahun 2011, sebelum beralih ke berenang dan berbasikal,” kata Joanne, 27.

Selain Joanne, adiknya, Samuel, 24, mengikut jejak langkah sama dengan melengkapkan keluarga IRONMAN itu.

Ujar Alfred, keluarganya menjalani rejim latihan enam hari seminggu termasuk 12 hingga 14 jam seminggu.

“Diet juga penting, kami menjauhkan diri daripada makan makanan ekspres atau diproses,” jelasnya.

Adakah berbaloi menyertai IRONMAN? Dalam reaksi segera, Alfred berkata: “Saya fikir dengan melakukan work out bersama dengan keluarga telah menjadikan kita lebih dekat daripada sebelum ini. Ia membina watak, membantu kita memupuk minda yang lebih kuat dan paling penting, kita merasa hebat selepas bersenam. Saya akan mencadangkannya kepada sesiapa sahaja.”

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Salad ikan dori bersalut herba
Next: Rumah Ngaji Teluk Muroh hasrat Khatam Tadabbur di Madinah

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.