Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Bawa ‘semangat’ arwah suami ke Khatam Tadabbur My #QuranTime
  • ATTRACTION

Bawa ‘semangat’ arwah suami ke Khatam Tadabbur My #QuranTime

Helmi Aziz March 3, 2023 2 minutes read
1937348.jpg
Shifa ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Sabtu.

Shifa ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Sabtu.

PUTRAJAYA – Hasrat untuk hadir bersama dengan arwah suami dalam Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 pada Sabtu tidak tercapai apabila insan yang dicintainya itu telah pergi buat selama-lamanya sejak sembilan bulan lalu.

Seorang warga emas, Shifa Mohd Yusof, 81, menceritakan arwah suami merupakan sosok individu yang mengajarkan dan membacakan al-Quran ketika dia mengalami masalah penglihatan setelah melakukan pembedahan mata.

“Kami berdua sama-sama mengikuti program My #QuranTime sejak dua tahun lalu. Arwah suami mak cik yang tolong bacakan al-Quran untuk mak cik yang ketika itu baru sahaja selesai pembedahan mata.

“Arwah suami seorang insan yang baik kerana selalu ingatkan mak cik untuk baca al-Quran dan kami sudah beberapa kali khatam al-Quran, namun kali ini istimewa kerana akhirnya mak cik dapat juga selesaikan Khatam Tadabbur,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu.

Jelasnya lagi, arwah suaminya turut memberi ilmu dengan memberi pemahaman tentang maksud dalam setiap ayat al-Quran dibaca sepanjang mereka berdua mengikuti program berkenaan.

Menurut Shifa, dia berasa sebak dan hiba atas ketiadaan arwah suami namun tetap kuatkan semangat untuk datang bagi menghargai hasil kerja keras dan usaha mereka berdua dalam mengikuti program sedemikian sejak tahun 2020.

“ALLAH SWT lebih sayangkan arwah suami mak cik…arwah meninggal pada Februari lalu kerana sakit tua.

“Bagaimanapun, semangat arwah suami dibawa bersama ke majlis hari ini selain kenangan antara kami berdua sentiasa diingati sampai akhir hayat,” ujarnya.

Beliau berkata, dia bersama keluarganya bergerak dari Melaka selepas solat Subuh ke Putrajaya untuk hadir ke Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0.

“Saya dibawa oleh anak perempuan bersama menantu dan cucu-cucu walaupun sebenarnya tidak boleh berjalan jauh kerana alami masalah lutut dan perlu menaiki kerusi roda.

“Namun rasa cinta terhadap al-Quran tidak mematahkan semangat saya untuk datang ke majlis ini dan sememangnya program seperti ini memberi seribu kebaikan dengan mengajak umat Islam menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ALTERNATE RECORDS SDN. BHD. DAN LUNCAI EMAS SDN. BHD. JALIN KERJASAMA BUAT PERTAMA KALI
Next: Rara, Juwairiya berjuang demi rakyat

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.