Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Pelaburan langsung ke luar negara meningkat RM602.1 bilion
  • ACTIVITY

Pelaburan langsung ke luar negara meningkat RM602.1 bilion

Helmi Aziz March 1, 2023 2 minutes read
2111821.png
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

JUMLAH pelaburan langsung ke luar negara (DIA) syarikat Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM602.1 bilion pada 2022 berbanding RM547.0 bilion pada tahun sebelumnya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memetik data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, DIA bagi tahun 2022 pula telah mencatatkan peningkatan ketara dengan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM126.8 bilion diikuti Indonesia (RM63.5 bilion) dan Belanda (RM38.8 bilion).

Bagi tahun 2021, pelaburan langsung ke luar negara mencatatkan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM109.4 bilion diikuti Indonesia (RM51.6 bilion) dan United Kingdom (RM35.2 bilion).

“Sektor yang menyumbang kepada jumlah DIA tertinggi bagi 2021 adalah sektor perkhidmatan iaitu sebanyak RM374.1 bilion dengan kenaikan sebanyak 8.6 peratus kepada RM406.2 bilion diikuti sektor perlombongan sebanyak RM65.2 bilion pada tahun 2021, meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM76.0 bilion.

“Sektor perkilangan pula mencatatkan sebanyak RM53.7 bilion pada tahun 2021 dan turut meningkat sebanyak 10.8 peratus pada 2022 kepada RM59.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang ingin tahu kedudukan pelaburan negara di luar negeri dan jumlah pelaburan bagi 2021 dan 2022.

Aliran keluar DIA yang meningkat terutamanya dalam aktiviti kewangan, perlombongan, perkilangan, dan pertanian menunjukkan daya saing yang tinggi syarikat Malaysia untuk berkembang dan bersaing serta mengambil bahagian dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global, kata MITI. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kuasa nuansa hitam, putih – Sinar Harian
Next: Trend jaket mesra bajet persis jenama mewah

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.