Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Apabila pelajar, tenaga pengajar berlainan jantina ketika sesi latihan memandu…
  • ATTRACTION

Apabila pelajar, tenaga pengajar berlainan jantina ketika sesi latihan memandu…

Helmi Aziz September 1, 2022 3 minutes read
617912.jpg

PERASAN atau tidak, kebanyakan pengajar di institusi latihan memandu terdiri daripada lelaki.

Walaupun ada juga tenaga pengajar terdiri daripada kaum Hawa, namun bilangannya agak sedikit.

Bagi pelajar wanita yang ingin belajar memandu, mahu atau tidak, mereka terpaksa juga belajar dengan tenaga pengajar lelaki.

Dalam perihal itu, apakah pelajar dan tenaga pengajar berlainan jantina yang berdua-duaan ketika sesi latihan memandu dianggap sebagai berkhalwat?

Menelusuri maksud khalwat, ia membawa pengertian sunyinya sebuah tempat atau sesuatu dari sudut bahasa.

Ini bermakna, tiada seorang atau sesuatu pun di dalam atau tempat berkenaan.

Justeru, apabila para fuqaha membincangkan isu khalwat, mereka merujuk kepada perbuatan berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram di sesuatu tempat.

Berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahram merupakan suatu perbuatan yang ditegah dalam agama.

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.” (Riwayat Muslim)

Menjawab kemusykilan persoalan yang dilontarkan, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang mana beliau berkata:

“Seorang perempuan dari kalangan Ansar telah datang kepada Nabi Muhammad SAW, lalu baginda berkhalwat dengannya (dari sudut baginda mengajak perempuan tersebut ke tepi). Lalu baginda bersabda: ‘’Demi ALLAH sesungguhnya kamu (golongan Ansar) merupakan manusia yang paling aku sayang.’’ (Riwayat al-Bukhari)

Dalam kitab Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari meletakkan hadis berkenaan di bawah bab ‘keharusan seorang lelaki untuk berduaan dengan seorang perempuan dalam keberadaan ramai orang’.

Sementara itu, Imam Ibn Battal pula menyebut: ‘’Tidak mengapa bagi seorang yang ‘alim dan juga seorang lelaki yang dikenali dengan kesolehan untuk berduaan dengan seorang perempuan di suatu sudut berasingan di sisi orang ramai, lalu perempuan tersebut dapat menceritakan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya serta bertanyakan perkara-perkara peribadi yang dihadapinya dalam isu agama.” (Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (7/360).

Jika diteliti semula dari sudut keadaan dan situasi hadis berkenaan, Rasulullah SAW pada asalnya bersama dengan beberapa orang iaitu baginda tidak bersendirian.

Lalu, datang seorang perempuan dalam kalangan Ansar kepada baginda SAW.

Ini bermakna, walaupun baginda pergi ke suatu sudut kawasan dan berduaan bersama perempuan tersebut, ia dibenarkan kerana masih dapat dilihat oleh orang ramai ketika itu walaupun tidak didengari butir perbualan antara baginda dan wanita tersebut.

Sebagai kesimpulannya, berdasarkan nas dan hujah di atas, hukum berduaan antara pengajar lelaki dan pelajar perempuan atau sebaliknya di dalam kereta semasa kelas latihan memandu adalah dibolehkan.

Ini kerana di dalam kawasan latihan memandu tersebut terdapat orang ramai yang boleh melihat ke arah mereka berdua.

Ia juga termasuk situasi seandainya kita menghadapi kesulitan untuk memilih guru yang sama jantina sebagai tenaga pengajar dalam keadaan kekurangan tenaga pengajar seumpamanya.

Meskipun begitu, batasan pergaulan semasa dalam kenderaan perlu dijaga dan dipelihara.

Ia termasuklah tidak dibenarkan bersentuhan tanpa sebab dalam keadaan tersebut.

Apa pun, sebagai seorang Mukmin, hendaklah sedar dan merasai bahawa ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI dan MAHA MELIHAT ke atas setiap perbuatan yang kita lakukan.

Andai kata, pihak berkuasa memberikan ruang untuk dibenarkan pelajar perempuan untuk membawa rakan atau mahram ketika proses latihan memandu, ia sebenarnya lebih baik dan menepati tuntutan syarak.

(Sumber: Al-Kafi #1581: Berduaan dengan Instructor Ketika Latihan Memandu Adakah Dianggap Khalwat? Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Telefon pintar paling kecil dunia
Next: MASAK APA TU? DAN 5 RENCAH 5 RASA KINI KEMBALI MENEMANI ANDA DENGAN RESIPI-RESIPI YANG MENARIK!

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.