Nothing perkenal Phone (1)

SYARIKAT dari London, Nothing memperkenalkan telefon pintar pertamanya, Phone (1) dalam pasaran Malaysia baru-baru ini dan menjangkakan ia akan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Nothing, Carl Pei berkata, Nothing Phone (1) boleh didapati berwarna putih dan hitam dengan dua model untuk dipilih iaitu 8GB/256GB berharga RM 2,399 dan 12GB/256GB berharga RM2,699 (tersedia pada pertengahan Ogos dan seterusnya).

Carl Pei

Carl Pei

Menurutnya, Nothing Phone (1) menampilkan Glyph Interface yang inovatif, dwi-kamera 50 MP, Nothing OS dipertingkat, paparan OLED 120Hz dan cipset 778G Qualcomm® Snapdragon dibina khas.

“Nothing Phone (1) menampilkan bahagian belakang lutsinar dengan reka bentuk unik yang terdiri daripada lebih 400 komponen.

“Bingkai aluminium 100 peratus dikitar semula membuatkannya ringan dan teguh, manakala lebih 50 peratus daripada komponen plastik telefon ini diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula berasaskan bio atau pasca pengguna peratusan yang utama dalam industri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Nothing juga berkolaborasi dengan Crossover sebagai sebahagian daripada program pelancaran terhad yang disertai oleh Selfridges, GQ, Lane Crawford, Eslite, Carnival, Commonwealth dan Limited Edt.

Model bersama produk Nothing Phone (1) berwarna hitam dan putih.

Model bersama produk Nothing Phone (1) berwarna hitam dan putih.

“Meraikan kerja berpasukan yang berjaya ini dan bagi memperingati kolaborasi lancar antara seni dan sains, intipati reka bentuk Crossover dapat dilihat secara kreatif dalam acara pelancaran Nothing Phone (1) di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2022,” katanya.

Menurutnya, Nothing juga memberikan peluang kepada rakyat Malaysia ke kedainya di The Starhill, Kuala Lumpur pada 21 hingga 25 Julai lepas manakala untuk tempahan awal dengan penghantaran yang amat pantas dijadualkan pada 1 Ogos 2022.


“Nothing Phone (1) juga berada dalam pasaran di seluruh negara pada 1 Ogos melalui platform e-dagang utamanya di Lazada dan Shopee serta para peruncit barangan elektronik seperti SenQ, SenHeng, TMT, Direct D dan Satu Gadget,” katanya.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber