Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • ‘Winning Meals Kachimeshi’ nutrisi seimbang untuk atlet Sukan SEA
  • ACTIVITY

‘Winning Meals Kachimeshi’ nutrisi seimbang untuk atlet Sukan SEA

Helmi Aziz April 21, 2022 2 minutes read
1670668.jpg

AJINOMOTO Malaysia Berhad (AMB) telah menjalinkan kerjasama dengan tiga atlet negara dalam program nutrisi sukan ‘Winning Meals Kachimeshi’.

Pengarah Urusan AMB, Tomoharu Abe berkata, kerjasama tersebut akan bermula dari Mac sehingga Julai tahun ini selain program itu juga sebahagian persiapan untuk Sukan SEA Vietnam Mei ini.

Menurutnya, atlet lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa, atlet hepathlon, Norliyana Kamaruddin dan atlet lempar cakera Queenie Ting Kung Ni akan dihidangkan dengan diet seimbang yang disusun khas oleh pakar pemakanan untuk memenuhi keperluan latihan menjelang temasya sukan dwitahunan tersebut.

“Diet atlet telah digabungkan dengan aminoVITAL AMB yang dirumus dengan asid amino rantai bercabang untuk meningkatkan prestasi senaman, menguatkan daya tahan otot, membantu dalam pemulihan otot dan mengurangkan keletihan otot.

“Tahun ini, kami berbangga dapat menyokong atlet Malaysia dengan menyediakan hidangan bernutrisi yang sesuai serta minuman asid aminoVITAL sebagai persiapan untuk merebut kemenangan dalam Sukan SEA.

“Melalui integrasi nutrisi dan sukan oleh kumpulan Ajinomoto, saya berharap Nauraj, Norliyana dan Queenie Ting akan menzahirkan potensi mereka yang sepenuhnya dan membanggakan Malaysia,” katanya dalam ucapan ketika majlis pengumuman kerjasama tersebut di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Khamis.

Dalam pada itu, Abe turut menjelaskan komitmen AMB untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto.

“Ia mewakili komitmen kami yang tidak berubah untuk meneruskan misi dalam menyumbang kepada makanan dan kesihatan dunia serta kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Nauraj menyifatkan ‘Winning Meals Kachimeshi’ menyediakan makanan nutrisi yang sangat diperlukan terutama untuk kekal pada prestasi terbaik ketika sesi latihan dan dalam kejohanan.

“Saya juga bukan muda lagi dan umur makin meningkat, jadi dalam proses pemulihan kecergasan dan sebagainya memerlukan nutrisi yang mencukupi.

“Winning Meals Kachimeshi ini membolehkan saya menikmati makanan dengan nutrisi yang seimbang sekali gus memberikan saya tenaga yang diperlukan untuk latihan,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bestari, Hwa Thai sedia 300 pek juadah berbuka puasa
Next: World #QuranHour terus disemarakkan di Pahang biarpun sederhana

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.