Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Kesan pandemik kepada inflasi dapat dibendung
  • ACTIVITY

Kesan pandemik kepada inflasi dapat dibendung

Helmi Aziz March 30, 2022 2 minutes read
1644661.jpeg

KUALA LUMPUR – Tekanan harga asas dijangka kembali normal apabila ekonomi dalam negeri pulih, membayangkan tekanan inflasi berlebihan akibat gangguan pandemik dapat terus dibendung setakat ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, faktor khusus sesebuah negara menunjukkan bahawa tekanan inflasi pengguna secara keseluruhan di Malaysia berkemungkinan secara relatif adalah terkawal dalam jangka masa sederhana, dengan terdapatnya beberapa faktor struktur dan dasar.

Bagaimanapun, BNM dalam Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2021 yang dikeluarkan hari ini berkata, kelemahan masih wujud terutamanya berikutan perkembangan geopolitik baru-baru ini.

“Yang penting, sesetengah barangan makanan keperluan, seperti daging segar adalah sensitif Covid-19 dan boleh mengalami tekanan harga yang lebih tinggi dan seterusnya, memberikan kesan negatif kepada kos sara hidup isi rumah,” katanya.

Menurut bank pusat, beberapa gangguan pandemik yang mendorong kepada inflasi pengguna yang tinggi di beberapa negara lain adalah kurang teruk atau telah sebahagiannya berjaya dikurangkan di Malaysia.

“Bagaimanapun, sikap berwaspada perlu diteruskan. Berikutan beberapa segmen makanan ruji lebih terdedah kepada tekanan kenaikan harga yang meruncing, kebimbangan terhadap kenaikan kos sara hidup kekal menjadi perhatian utama,” menurut BNM.

Mengikut penilaian inflasi pengguna, bank pusat telah membuat pengelasan bagi item terpilih dalam kumpulan Indeks Harga Pengguna (IHP) kepada dua kumpulan yang saling eksklusif iaitu sensitif Covid-19 atau tidak sensitif Covid-19 bagi mencatatkan kesan langsung pandemik.

Inflasi untuk barangan sensitif Covid-19 akan lebih terkesan akibat gangguan berkaitan pandemik seperti penjarakan sosial, kekangan rantaian bekalan atau permintaan terpendam.

Justeru, apabila gangguan ini semakin meningkat, kesannya terhadap inflasi pengguna akan turut meningkat.

Menurut BNM, kategori inflasi yang lebih sensitif terhadap gangguan Covid-19 berjumlah 63 peratus daripada komposisi Kumpulan IHP, manakala, 17 peratus bagi yang kurang sensitif.

Sementara itu, terdapat sesetengah item telah menunjukkan peningkatan tekanan inflasi secara relatif kepada trend sebelum pandemik apabila pandemik bermula, sekali gus mungkin berpotensi mencerminkan tahap sensitif mereka yang lebih tinggi terhadap tekanan penawaran dan kos seperti rantaian bekalan yang terganggu dan kos prosedur operasi standard.

BNM menjelaskan, item-item ini dirujuk sebagai “sensitif dan positif.”

“Apabila keseimbangan permintaan dan penawaran yang disebabkan oleh pandemik berubah, begitu juga kemungkinan inflasi bagi item-item yang sensitif ini,” katanya.

Antara item sensitif and positif adalah daging segar, dengan wajaran sebanyak 1.8 peratus, diikuti beras (1.1 peratus), barang kemas, cincin dan batu berharga (0.5 peratus) dan salon mendandan rambut dan kedai solek (0.5 peratus). – Bernama

BNM, Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2021, indeks harga pengguna, inflasi

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: KERJASAMA BERSAMA ANUAR ZAIN DALAM MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE 13.0
Next: Bufet Ramadan Restoran Secret Garden PKNS Shah Alam 2022

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.