Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini

Helmi Aziz March 22, 2022 2 minutes read
1636083.jpg

KUALA LUMPUR – Kebimbangan para pelabur mengenai kempen untuk menaikkan kadar faedah oleh Amerika Syarikat bagi menstabilkan tekanan inflasi menyaksikan nilai ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi Selasa.

Pada jam 9.00 pagi, nilai mata wang tempatan susut kepada 4.2100/2130 berbanding dolar AS daripada 4.2025/2060 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.27 peratus kepada 98.49 mata apabila Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell mengekalkan pendiriannya untuk menaikkan kadar faedah semasa berucap pada majlis Persatuan Kebangsaan Ekonomi Perniagaan (NABE).

Menurut laporan itu, Powell berkata bank pusat AS mungkin menjadi lebih agresif dalam menaikkan kadar dana persekutuan kepada lebih daripada 25 mata asas pada mesyuarat dasarnya untuk mengekang inflasi.

“Kenyataan sebegitu juga telah disuarakan oleh dua gabenor Persekutuan, Raphael Bostic dan Thomas Barkin, yang turut menyokong langkah kenaikan kadar yang lebih pantas tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, sentimen menolak risiko berlaku apabila konflik ketenteraan di Ukraine masih belum surut dengan Rusia terus menyerang Kyiv, Odesa dan lokasi lain, manakala kerajaan Ukraine enggan menyerahkan bandar pelabuhan Mariupol dan ini menyaksikan pertempuran sengit berterusan.

Justeru, Mohd Afzanizam berkata, ringgit boleh kekal lemah sepanjang hari, antara RM4.20 dan RM4.21 hari ini.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding pound Britain, dengan mata wang tempatan jatuh kepada 5.5307/5346 daripada 5.5250/5296 pada penutup Isnin.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0960/0987 daripada 3.0992/1020 semalam, meningkat berbanding yen Jepun pada 3.5092/5120 daripada 3.5247/5276 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.6251/6284 daripada 4.6463/6502 sebelumnya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: RESTORAN REBUNG MELANCARKAN SAJIAN JUADAH RAMADHAN
Next: Hijrah, Tema Syahadah Musim Ke- 16 Di RTM

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.