Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Lulu Group lancar Bazar Ramadan 2022, tawar diskaun hingga 50 peratus
  • ACTIVITY

Lulu Group lancar Bazar Ramadan 2022, tawar diskaun hingga 50 peratus

Helmi Aziz March 16, 2022 2 minutes read
1629772.jpeg

SHAH ALAM – Lulu Group Retail Sdn Bhd (Lulu) melalui Pasar Raya Lulu dan gedung serbanekanya menganjurkan Bazar Ramadan bermula dari 14 Mac hingga 04 Mei 2022 di Setia City Mall.

Lulu yang merupakan rangkaian pasar raya besar diasaskan oleh MA Yousuf Ali dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga akan mengadakan promosi dengan potongan sehingga 50 peratus sepanjang bazar tersebut berlangsung.

Jelasnya, potongan tersebut diberikan terhadap barangan elektrik, elektronik, barangan kelengkapan rumah, bagasi dan kasut.

“Pelanggan bakal mendapatkan barangan seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, alatan dapur serta barangan kelengkapan rumah pada harga terbaik berbanding pesaing kami.

“Antara jenama-jenama yang turut serta adalah seperti Samsung, Sony, Philips, LG, Harman Kardon, Beko, Teka, Salpido, Cliptec, Tefal, Pensonic, Elba, Luminarc, Homewell dan banyak lagi.

“Inilah saat yang anda nanti-nantikan untuk persiapan Hari Raya anda di mana anda boleh berjimat sakan,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Rosol (tengah) semasa melawat gerai jualan di Pasar Raya Lulu di Setia City Mall.

Rosol (tengah) semasa melawat gerai jualan di Pasar Raya Lulu di Setia City Mall.

Bazar Ramadan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Mengulas lanjut, selain potongan harga di bazar tersebut juga turut diadakan promosi mingguan yang digelar ‘Weekend Flash’ bermula dari 8 hingga 11 April 2022 ke atas barangan terpilih.

“Dapatkan segala keperluan berbuka puasa anda di sini dengan pelbagai pilihan meluas barangan bermutu tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, daging serta makanan laut dan pelbagai lagi,” ujarnya.

Sementara itu, di bahagian Department Store pula pelanggan berpeluang mendapatkan barangan elektrik, elektronik, IT dan Mobil pada harga yang menakjubkan melalui promosi ‘Power Deals’.

Tambahnya, selain Bazar Ramadan, Lulu turut menyediakan pelbagai promosi yang sedang berlangsung seperti pembelian pelanggan bernilai RM50 dari bahagian pasar raya bakal menikmati baucar potongan bernilai RM25.

Rosol beramah mesra bersama penjual di Pasar Raya Lulu sempena pelancaran Bazar Ramadan 2022 di Setia City Mall.

Rosol beramah mesra bersama penjual di Pasar Raya Lulu sempena pelancaran Bazar Ramadan 2022 di Setia City Mall.

“Pelanggan boleh menebus baucar pemotongan itu dengan pembelian bernilai RM100 dari bahagian gedung serbaneka dan tawaran tersebut sah sehingga 20 Mac 2022,” ujarnya.

Pada masa sama, Lulu juga telah memulakan e-dagang melalui luluhypermarket.com di mana pelanggan boleh membeli-belah secara dalam talian.

“Lulu Hypermarket mempunyai empat cawangan ketika ini dan merancang untuk membuka lebih banyak kedai menjelang akhir tahun 2022,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Airasia ride cadang perluas perkhidmatan ke Thailand bulan depan
Next: Allianz General mudahkan urusan tuntutan pelanggan terjejas banjir kilat

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.