Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Produktiviti buruh negara catat pertumbuhan positif suku keempat 2021
  • ACTIVITY

Produktiviti buruh negara catat pertumbuhan positif suku keempat 2021

Helmi Aziz February 17, 2022 2 minutes read
1500860.jpg

KUALA LUMPUR – Produktiviti buruh Malaysia yang diukur sebagai nilai ditambah per pekerja meningkat 1.7 peratus pada suku keempat tahun lepas, selepas turun 5.6 peratus pada suku sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan positif itu disebabkan oleh pengeluaran barangan dan perkhidmatan meningkat lebih laju berbanding kadar pertumbuhan pekerja.

Beliau berkata, pada suku tersebut, ekonomi Malaysia juga melonjak 3.6 peratus selepas susut 4.5 peratus pada suku sebelumnya manakala pekerja meningkat 1.8 peratus (ST3 2021: 1.2 peratus) berikutan pengoperasian semula lebih banyak sektor ekonomi selaras dengan peralihan kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara pada tempoh itu.

“Nilai ditambah per pekerja pada suku ini adalah sebanyak RM24,006 per pekerja berbanding RM23,603 per pekerja pada suku yang sama 2020,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Uzir berkata, waktu operasi perniagaan adalah lebih panjang pada suku ini, sekali gus ditunjukkan melalui peningkatan jumlah jam bekerja kepada 2.3 peratus bagi merekodkan 8.8 bilion jam

“Oleh itu, produktiviti buruh yang diukur mengikut nilai ditambah per jam bekerja juga mencatatkan peningkatan dengan pertumbuhan 1.3 peratus selepas merekodkan penurunan marginal 0.6 peratus pada suku tahun sebelumnya. Nilai ditambah per jam bekerja pada suku ini berjumlah RM42.2 per jam (ST4 2020: RM41.7 per jam),” katanya.

Dari segi nilai ditambah per pekerja mengikut sektor ekonomi, ketua perangkaan itu berkata, tiga sektor merekodkan pertumbuhan positif pada suku ini iaitu sektor pembuatan, pertanian dan perkhidmatan sementara perlombongan & pengkuarian dan pembinaan kekal merosot.

Beliau berkata, sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan tertinggi produktiviti buruh sebanyak 5.3 peratus, sektor pertanian naik 2.9 peratus manakala sektor perkhidmatan menambah satu peratus.

Mohd Uzir berkata, prestasi produktiviti buruh per pekerja bagi 2021 naik 1.8 peratus (2020: -5.5 peratus) dengan merekodkan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM90,647 per pekerja (2020: RM89,022 per pekerja), manakala nilai ditambah per jam bekerja turun 2.6 peratus (2020: 3.4 peratus) dengan nilai RM41.0 per jam (2020: RM42.0 per jam).

“Berbanding dengan tempoh sebelum pandemik, nilai produktiviti buruh per jam bekerja telah melebihi 2019 (RM40.7 per jam) manakala produktiviti buruh per pekerja kekal rendah (2019: RM94,162 per pekerja).

“Sektor Pembuatan merupakan satu-satunya yang telah melepasi nilai sebelum pandemik manakala lain-lain sektor masih rendah,” katanya dan menambah bahawa ekonomi global termasuk Malaysia diunjurkan mencapai prestasi yang memberangsangkan sepanjang tahun ini. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: KLIA antara lapangan terbang terbaik dunia suku keempat 2021
Next: Power Root lancar minuman Per’l Yuzu

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.