Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Mekanik tanpa jari
  • ATTRACTION

Mekanik tanpa jari

Helmi Aziz January 4, 2020 4 minutes read
580257.jpg

DIUJI ALLAH SWT dengan mengalami kecacatan apabila dilahirkan tanpa kedua-dua pergelangan tangan pernah menyebabkan Mohd Rahmat Abd Somat, 26, berasa dirinya sangat kecil gara-gata dipandang enteng oleh segelintir individu.

Namun begitu, berkat kesungguhan dan minat mendalamnya terhadap motosikal, telah berjaya membawanya menjadi seorang mekanik motosikal di sebuah bengkel di kampungnya yang diusahakannya sendiri sejak tahun 2008.

Sememangnya, sesiapa pun akan rasa terpukau melihat Mohd Rahmat yang tiada jari tetapi mahir menggunakan peralatan seperti spanar, playar dan pemutar skru. Bagi penulis sendiri, ia cukup luar biasa.

Benarlah kata pepatah yang menyebut, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kesungguhan dan kebolehan yang dimiliki Mohd Rahmat atau mesra disapa sebagai Toyek dalam kalangan keluarga dan rakannya wajar diteladani.

Siapa yang tidak bangga apabila sudah memiliki bisnes sendiri, bukan?

 MAHIR menggunakan peralatan seperti spanar, playar dan pemutar skru dianggap sangat luar biasa dalam kalangan pelanggan yang berkunjung ke bengkelnya.

MAHIR menggunakan peralatan seperti spanar, playar dan pemutar skru dianggap sangat luar biasa dalam kalangan pelanggan yang berkunjung ke bengkelnya.

Kata Toyek, bengkelnya yang bernama Toyek Racing terletak di pekan kecil Langgar, Kedah.

Walaupun lokasi bengkel dikatakan jauh dan terletak dalam kawasan kampung, tetapi ketelitian hasil kerja Toyek membuatkan ramai pelanggan datang untuk mendapatkan perkhidmatan dan hasil kerjanya.

Anak bongsu daripada empat orang adik beradik itu berkata, sesungguhnya, sifat berdikari memang sudah tertanam apabila dididik oleh ibu bapanya sejak kecil lagi.

TOYEH juga dikatakan aktif dalam dunia sukan drag

TOYEH juga dikatakan aktif dalam dunia sukan drag

“Saya mula minat berniaga sejak di bangku sekolah lagi sebab sering melihat mak menjual kuih tradisi dan ketika saya berumur 11 tahun, saya mula berniaga membantu emak menjual nasi lemak dan kacang panas.

“Kesungguhan mereka menjadi inspirasi saya. Pada usia 14 tahun, saya mula membaiki motosikal dan ketika itu saya mula dengan membaiki motosikal kawan-kawan sahaja,” katanya kepada Sinar Turbo baru-baru ini.

Semangat arwah abang

Bercerita lanjut, pemuda kental itu berkata, Toyek Racing merupakan hasil idea seorang lagi abangnya, Allahyarham Abd Ghamel yang membantunya menyenaraikan peralatan kelengkapan bengkel dan mesin yang diperlukan untuk membuka perniagaan tersebut.

Selepas abangnya meninggal dunia selang dua tahun kemudian ekoran penyakit kronik Sistemik Lupus Eritematosus, Toyek berkata, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan kerjaya itu dan menjadi semakin fokus.

TOYEK

TOYEK

“Selepas waktu sesi persekolahan, saya akan ke sebuah bengkel di Pekan Jabi untuk belajar kenal bahagian enjin motosikal, cara membaiki motosikal serta cara-cara memegang peralatan.

“Dengan bekalan sedikit duit simpanan yang disimpan sejak zaman persekolahan dan bantuan daripada ahli keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat, saya berjaya mengumpulkan lebih RM30,000 untuk membuka bengkel dan membeli peralatan yang diperlukan.

“Peralatan dan mesin-mesin yang saya beli merupakan barangan terpakai yang hendak dilupuskan oleh pihak kilang dan saya membelinya dengan harga jauh lebih murah daripada harga asal,” katanya yang merupakan lulusan Diploma Seni Reka Perindustrian, Universiti Teknologi MARA, Kampus Merbok.

SEMUA kerja-kerja di bengkel dilakukan seorang diri dengan bantuan pelbagai jenis mesin yang ada di bengkelnya.

SEMUA kerja-kerja di bengkel dilakukan seorang diri dengan bantuan pelbagai jenis mesin yang ada di bengkelnya.

Kini, semua kerja di bengkel dilakukannya seorang diri dengan bantuan pelbagai jenis mesin yang ada di bengkelnya termasuk mesin kimpalan, mesin pencanai enjin, mesin pemampat dan mesin porting block.

“Adakalanya terdapat juga komponen motosikal yang sukar untuk dibuka, saya akan meminta bantuan daripada abang untuk melakukannya,” katanya.

Cabaran getir

Bersembang dengan Toyek sebenarnya membuatkan emosi penulis berlumut dengan perasaan terharu tetapi penuh semangat.

Biasalah resam manusia, suka kepada hal yang indah-indah belaka.

Kepada Sinar Turbo, lelaki itu memberitahu, ada segelintir individu yang memandang rendah terhadap keupayaannya.

“Pernah ada pelanggan datang ke bengkel saya untuk baiki motosikalnya, tetapi selepas dia tengok fizikal saya, dia tak jadi buat, lalu dia balik.

“Ada juga individu yang memberi nasihat kepada saya supaya berhenti membaiki motosikal dan mencari pekerjaan lain kerana pekerjaan ini berbahaya… bahaya ini tak semestinya berlaku kepada OKU malah orang normal pun boleh berlaku kalau cuai (ketawa),” katanya.

KERJA-KERJA rumit juga mampu dilakukan Toyeh

KERJA-KERJA rumit juga mampu dilakukan Toyeh

Namun, semua itu tidak membuatnya berkecil hati, sebaliknya beliau sentiasa berfikiran positif dan menanam iltizam untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa demi mencari pendapatan sendiri dengan kudratnya sendiri.

“Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana sepanjang tempoh menjalankan bisnes, saya sentiasa dibantu rakan-rakan selain tidak pernah berasa susah,” katanya dengan nada positif.

Ditanya tentang cabaran paling ‘premium’ sejak bergelar tauke bisnes merangkap mekanik, jawab Toyek: “Cabaran yang terpaksa saya hadapi adalah kekurangan saya dari segi fizikal, jadi, saya terpaksa fikir lebih kreatif sedikit jika dibandingkan dengan orang normal.

“Kalau kita lihat, special tool yang perlu digunakan untuk kerja-kerja membaiki motosikal kebiasaannya direka hanya untuk orang normal yang ada jari. Melihat keadaan itu, saya kena buat alternatif lain untuk guna peralatan tersebut.”

HASIL kerja yang sangat kemas.

HASIL kerja yang sangat kemas.

SEBAHAGIAN komponen motosikal yang telah diubahsuai

SEBAHAGIAN komponen motosikal yang telah diubahsuai

Menyentuh tentang impian pada masa akan datang, nampaknya Toyek memang bercita-cita besar.

“Saya berharap suatu hari nanti saya berjaya membesarkan lagi bengkel sedia ada dan membuka cawangan.

“Secara tidak langsung diharap dapat membuka mata masyarakat ramai bahawa golongan OKU juga mampu berjaya,” katanya optimis.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lexus didenda pihak berkuasa China
Next: BSN umum pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.