Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • 49 peratus rakyat Malaysia gemar berbelanja
  • ACTIVITY

49 peratus rakyat Malaysia gemar berbelanja

Helmi Aziz September 2, 2022 3 minutes read
1886596.jpg

SYARIKAT teknologi global, Wise menerusi kajian terbaharunya menemui empat persona kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu 49 peratus kalangan mereka gemar berbelanja iaitu ‘Shopping Pro’ dan diikuti 38 peratus merupakan pakar bajet atau ‘Financial Controllers’.

Persona ketiga ialah pengesan tersembunyi atau ‘Aunty Power’ pula melibatkan 12 peratus manakala pembeli dipacu nilai atau ‘Kopitiam Uncle’ hanya satu peratus.

Wise dalam satu kenyataan berkata, walaupun ‘Shopping Pro’ dan ‘Financial Controllers’ mendominasi keputusan tinjauan, kempen Don’t Kena Con oleh Wise mendapati banyak perkara boleh dipelajari rakyat Malaysia daripada Malaysia ‘Aunty Power’ dan ‘Kopitiam Uncle’ dalam memahami yuran-yuran tersembunyi dan tokokan harga semasa membeli-belah.

“37 peratus responden dari Malaysia yang membeli belah secara dalam talian (online) serta di luar negara menyatakan bahawa mereka tiada pengetahuan mengenai yuran dan kadar pertukaran sehinggalah transaksi selesai,” jelas kenyataan itu pada Khamis.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, lebih 60 peratus melaporkan mereka tahu mengenai kadar tukaran mata wang pasaran pertengahan.

“52 peratus responden di Malaysia beranggapan bahawa platform fintech memberikan kadar terbaik untuk pertukaran wang asing dan 38 peratus memilih pengurup wang.

“Hal ini mungkin merugikan kerana 50 peratus daripada mereka ingin mengetahui sekiranya penyedia perkhidmatan kiriman wang mengenakan yuran untuk penerimaan atau kadar pertukaran wang yang digunakan semasa menerima wang daripada luar negara.

“24 peratus pula menyatakan bahawa yuran perkhidmatan yang rendah merupakan perkara kedua terpenting yang mereka jangkakan melalui penyedia perkhidmatan kiriman wang,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kajian bebas oleh Wise sebelum ini mendapati rakyat Malaysia membelanjakan RM10.5 bilion dalam bentuk yuran kad semasa membeli-belah di luar negara pada 2015 hingga 2020 manakala RM1.5 bilion dalam yuran transaksi dan tokokan harga kadar pertukaran mata wang tersembunyi telah dibayar setiap tahun semasa berbelanja di luar negara.

“’Shopping Pro’ sentiasa menunjukkan keupayaan mereka berbelanja dengan mengutamakan kaedah pembayaran digital ketika membeli-belah di luar negara. Hasil kajian menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan kad kredit sebanyak 39 peratus, diikuti kad debit 22 peratus, kad pelbagai mata wang 20 peratus dan wang tunai 20 peratus,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, ‘Financial Controller’ masih lagi mencari cara untuk memastikan bajet tidak terganggu dan perbelanjaan tidak melampaui batas.

“28 peratus daripada pembeli menyatakan bahawa yuran rendah merupakan faktor terpenting untuk dipertimbangkan semasa membeli belah di laman web antarabangsa dan 55 peratus ingin mengetahui jumlah kos pembelian dalam mata wang ringgit.

“Rakyat Malaysia yang ditinjau juga menyatakan mereka selamat semasa membelanjakan wang di luar negara, sebanyak 40 peratus daripada mereka ingin memastikan bahawa mereka terlindung daripada penipuan, 37 peratus ingin tahu jumlah keseluruhan yang dibelanjakan dan 15 peratus pula ingin tahu jumlah tepat yuran yang harus mereka bayar,” ujar kenyataan itu.

Sementara itu, Pengurus Cawangan Malaysia Wise, Lim Paik Wan berkata, dengan perkembangan populariti membeli-belah dan e-dagang antarabangsa di seluruh Malaysia, rakyat Malaysia memerlukan penyelesaian yang membantu mereka mengenalpasti yuran tersembunyi dan menyediakan cara mudah untuk membuat pembelian antarabangsa.

“Melalui kajian kami, ketelusan dan kemudahan penting untuk pengguna di Malaysia. Kami bangga untuk menawarkan akaun dan kad pelbagai mata wang kepada sesiapa sahaja yang memerlukan penyelesaian lebih baik untuk keperluan perbelanjaan mereka,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kekal sihat melalui cara pengambilan makanan
Next: HAZAMI DICABAR!!! JURI MAHU HAZAMI BERIKAN PERSEMBAHAN TERPALING WOW

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.