200 pencipta kandungan sertai LazXperience 2023

200 pencipta kandungan sertai LazXperience 2023

SHAH ALAM – Seramai 200 pencipta kandungan LazAffiliates, KOC dan KOL tempatan berhimpun untuk menyertai acara eksklusif, LazXperience 2023 yang diadakan di The Grounds KL, MAHSA Avenue, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

LazXperience 2023 menampilkan personaliti ternama seperti Nadhir Nasar, Sharifah Rose, Ernie Zakri, Adriana Adnan, Dalia Farhana dan emcee Melissa Th’ng.

Acara tersebut merupakan sebahagian daripada usahanya dalam menggalakkan pencipta kandungan digital untuk menyertai dan mendapat manfaat daripada ekonomi digital melalui kandungan sosial, strim langsung dan keterlibatan kreatif dalam talian bersama para pengikut mereka dan komuniti yang lebih meluas di media sosial, laman sesawang, blog dan aplikasi dalam talian.

Timbalan Presiden Eksekutif, Ketua Pertumbuhan Pengguna dan Trafik, Lazada Malaysia, Rick Ting berkata, Lazada Malaysia telah memperbaharui program LazAffiliates dan di bawah pakej terbaharu, rakan sekutu affiliate boleh meraih komisen sehingga 80 peratus bagi setiap pembelian yang dijana oleh pautan yang dikongsi dalam kandungan digital mereka.

“Program tersebut juga telah dikembangkan untuk berfungsi dengan lebih interaktif dan boleh diakses menerusi aplikasi LazAffiliates. Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang membolehkan pencipta kandungan digital mengenalpasti produk kegemaran dengan lebih mudah ataupun barangan yang sedang trending, lantas menyesuaikannya dengan kecenderungan serta kehendak para pengikut mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sejak pelancaran LazAffiliates pada 2016, komuniti tersebut terus berkembang dan menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan, sehingga mencapai lebih daripada 120,000 rakan sekutu affiliate berdaftar.

“Sebagai peneraju eDagang di rantau ini, kami sentiasa mencari jalan untuk menceriakan dan menarik minat para pengguna dalam talian serta komuniti pelanggan omnichannel. LazAffiliates telah dikurasi khas bagi membolehkan rakyat Malaysia terutamanya para pelajar, graduan, generasi muda dan mereka yang muda di hati untuk menjana pendapatan dalam ekosistem eDagang.

“Dengan penambahbaikan terbaharu LazAffiliates, kami berharap ianya dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan dan menghubungkan konsumer dengan jenama yang dipromosikan oleh pencipta kandungan, lantas membolehkan mereka menjana pendapatan di atas daya kreativiti masing-masing.

“Dalam masa sama, mereka dapat berinteraksi dengan para pengikut dengan cara yang lebih menyeronokkan,” katanya.

Pasukan kepimpinan kanan Lazada Malaysia dan KOL selebriti di LazAffiliates LazXperience 2023.

Pasukan kepimpinan kanan Lazada Malaysia dan KOL selebriti di LazAffiliates LazXperience 2023.

LazXperience 2023 turut menceriakan para hadirin dengan pelbagai aktiviti, kejutan, hadiah cabutan bertuah yang amat menarik, produk yang ditaja khas oleh Skechers, Casio, Wardah dan Skintific, di samping sesi perkongsian yang memaparkan tip dan cara untuk mengoptimumkan pendapatan sebagai rakan affiliate.

Pada majlis tersebut, Lazada turut mengiktiraf pencapaian KOC berprestasi tinggi yang selama ini sangat aktif dan banyak menyumbang kepada pelbagai kempen Lazada dengan acara khas penyampaian LazAffiliates Awards 2022.

Antara penerima anugerah ialah LazAffiliates 2022 High Achiever Award ialah Sherlyn Goh, LazAffiliates 2022 Most Collaborative Award ialah Involve Asia Technology, LazAffiliates 2022 New Ace Award ialah Mohamad Hambali Adenan, LazAffiliates 2022 Rising Star Awardialah Nurul Ain Shaari dan LazAffiliates 2022 The Advocate Award ialah Maisarah Mahasan.

Sumber