Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Usahawan muda dalam pembikinan
  • Ekspo

Usahawan muda dalam pembikinan

Helmi Aziz February 21, 2019 4 minutes read
195656.jpg

Vivy Yusof, 32, merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliaulah pengasas bersama Fashion Valet dan jenama dUCk.

Barangkali Vivy bersama pasangannya sangat bertuah. Kemenangannya pada program Make The Pitch menjadi asas kepadanya berdiri utuh dalam industri fesyen.

Make The Pitch ialah sebuah rancangan televisyen realiti yang menyaksikan Vivy memenangi pelaburan RM1 juta daripada MyEG Services Berhad untuk kepentingan 30 peratus di dalam syarikat itu.

Begitu juga dengan selebriti Neelofa, 30. Beliau yang membawa jenama Naelofar Hijab termasuk cabang perniagaan kanta lekap, Lofalen disifatkan begitu cemerlang dalam bisnes yang dikendalikannya.

Jika tidak, masakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia itu terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa, Forbes.

Neelofa dikatakan mudah mara ke hadapan disebabkan statusnya sebagai pelakon dan pengacara popular Malaysia. Tidak kiralah apa pun kata-kata yang dilontarkan, sama ada Vivy mahupun Neelofa, kedua-duanya mempunyai platform dalam mengetengahkan produk mereka di mata masyarakat.

Melihat kepada situasi itu, sebuah agensi pengurusan bakat, Girls Republique (GR) yang ditubuhkan pada Jun 2018 memperkenalkan sebuah program realiti dalam usaha membantu dan membimbing remaja wanita (berusia dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun) yang berminat untuk bergelar usahawan berjaya pada usia muda.

Celebpreneur

Pengarah Sumber Manusia GR, Datuk Marina Hashim, 41, berkata, idea kepada program itu merupakan cetusan daripada seorang rakan niaga yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang korporat dan mempunyai hubungan baik dengan pelbagai agensi.

“Ya, ramai yang berminat mahu menjadi usahawan, namun golongan muda ini tiada platform ditambah berhadapan dengan pelbagai halangan dari segi suntikan modal, bimbingan dan dorongan.

“Bila tiada modal, niat mereka terbantut dan terpaksalah mereka kerja makan gaji sampai tua,” kata anak kelahiran Kuantan, Pahang itu ketika bertandang ke studio Sinar Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

Menjelaskan lebih lanjut tentang program realiti GR, Marina berkata, pengambilan peserta dilakukan menerusi Instagram rasmi GR sebelum satu temu bual diadakan bagi memilih peserta terbaik.

Ujar beliau, GR diwujudkan antara lain mahu membentuk usahawan untuk menjadi selebriti dan entrepreneur atau celebpreneur (celebrity + entrepreneur).

“Para peserta akan ‘diubahsuai’ dari segi penampilan dan gaya ala-ala selebriti. Pada masa sama, kita ajar mereka tentang bagaimana menjalan perniagaan.

“Kita akan lihat apa minat mereka. Contohnya, ada peserta cenderung dengan bisnes dandanan rambut, jadi kami akan bantu dia hasilkan produk berkaitan dengan rambut sehingga berjaya,” katanya.

Menurut Marina, program realiti sulung GR akan berlangsung selama sembilan bulan.

“Pada awalnya, ia ditunjangi tujuh ketua sebelum bertambah menjadi 16 orang bagi menguruskan kesemua 200 peserta. Pemilihan mereka dibuat oleh panel juri. Jika mereka dilihat berpotensi, mereka akan diletakkan sebagai ketua kumpulan. Jika sebaliknya, mereka berperanan sebagai ahli biasa,” katanya.

Pada tahun lalu, Marina memberitahu, para peserta program telah dibawa melancong ke beberapa negara seperti di Thailand, Singapura, London dan Paris bagi menimba pengalaman dan mengikuti setiap aktiviti yang telah diaturkan.

“Selain itu, kita juga mengatur program-program lain dengan tujuan menguji sejauh mana kemampuan dan kebolehan para peserta,” katanya.

Marina menambah, setiap daripada mereka wajib mempunyai perancangan produk yang hendak ditonjolkan.

Syarat utama, material yang mereka ingin bawa mesti yang boleh dijual atas talian sama ada melalui Instagram mahupun media sosial lain.

Sebagai contoh, ujar beliau, salah seorang peserta yang berusia 19 tahun mempunyai jenama beliau sendiri iaitu Aireenscarfsbygr.

“Bayangkan pada usia muda, Instagramnya sudah mencecah lebih 300,000 pengikut. Beliau bukan sahaja dapat menjana pendapatan tinggi tetapi pada masa sama dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh dalam program itu. Barangkali selepas GR, beliau akan lebih maju jaya,” ujar wanita jelita ini yang juga Pengarah Pembangunan Perniagaan, Synergy Promenade Sdn Bhd.

Marina cukup optimis. Beliau dengan nada yakin berkata, pihaknya menaruh keyakinan yang tinggi terhadap para peserta GR.

“Moga mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri dan tak perlu tunggu bantuan dana dan sumbangan daripada kerajaan untuk melaksanakan bisnes yang diidamkan.

“Apabila tamat belajar di universiti atau atau di kolej, mereka tak perlu tunggu atau cari kerja, sebaliknya gunakan kemahiran dan platform yang disediakan untuk menjadi celebpreneur yang berjaya dan terkenal,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Begitu mudah untuk merawat jerawat
Next: Raikan perbezaan agama, budaya

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.