Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Music
  • ‘To The Finish Line’ Kolaborasi Vanessa Reynauld & Rebel Asia untuk OST Filem “Soloz Game of Life”
  • Music

‘To The Finish Line’ Kolaborasi Vanessa Reynauld & Rebel Asia untuk OST Filem “Soloz Game of Life”

Helmi Aziz January 10, 2025 3 minutes read
TO THE FINISH LINE COVER ART

Buat pertama kalinya, label muzik terkenal Sony Music Malaysia menggabungkan dua bintang hebat tanah air, Vanessa Reynauld, penyanyi bersuara emas, dan Rebel Asia, bintang hip-hop dinamik, dalam sebuah kolaborasi eksklusif. Mereka mempersembahkan single baharu bertajuk “To The Finish Line”, lagu runut bunyi rasmi (OST) untuk filem “Soloz Game of Life” yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2025.

“Soloz Game of Life” ialah sebuah filem yang penuh emosi dan aksi, menyorot perjalanan sengit dalam dunia e-sukan popular, Mobile Legends. Dengan tema ketabahan, keberanian, dan kesatuan, lagu “To The Finish Line” menjadi pelengkap sempurna kepada filem yang sarat dengan drama, cabaran, dan inspirasi.

Menurut Vanessa, lagu ini tercipta berdasarkan perjalanan cerita filem itu sendiri. “Kami mendapat inspirasi daripada filem ini, dan lagu ini dihasilkan untuk menjadi pelengkap kepada pengakhiran cerita, sebab itu tajuknya ‘To The Finish Line’,” jelas Vanessa.

Bagi Rebel Asia pula, tema digital dan dunia permainan video menjadi asas penting dalam lagu ini. “Kami ingin menghasilkan sesuatu yang relevan dengan dunia permainan video, jadi elemen digital diterapkan dengan kuat dalam muzik ini,” katanya.

Pesanan utama yang ingin disampaikan melalui lagu ini adalah untuk terus mengejar impian tanpa mengenal erti putus asa. “Anda adalah penentu di mana garisan penamat hidup anda berada,” tambah Rebel dengan penuh semangat.

Vanessa turut menambah bahawa susunan lagu yang rancak menggambarkan dinamika dunia e-sukan yang berenergi tinggi. “Lagu ini memang ‘upbeat’ dan sesuai dengan tema filem ini,” katanya.

Lagu ini juga membuka peluang kepada kedua-dua artis untuk keluar dari zon selesa mereka. Vanessa mengakui bahawa genre lagu ini adalah pengalaman baharu baginya. “Saya tidak pernah menyanyikan lagu seperti ini sebelum ini. Dengan gabungan elemen EDM dan AI, ia menjadi sesuatu yang mencabar tetapi menyeronokkan,” kongsinya.

Rebel Asia pula menyifatkan pengalaman ini sebagai satu eksperimen muzik yang segar. “Lagu ini lebih ke arah EDM pop berbanding hip-hop, dan saya sangat teruja untuk meneroka sesuatu yang baharu dalam muzik saya,” ujarnya.

Kolaborasi ini juga dianggap sebagai keputusan tepat oleh Vanessa. “Saya sangat suka cara Rebel Asia rap, jadi saya tidak ragu-ragu untuk menghubunginya. Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengannya,” tambahnya.

Kedua-dua artis berharap lagu ini dapat memberi inspirasi kepada para pendengar untuk terus berusaha mencapai impian mereka. “Kami mahu pendengar merasakan mesej positif yang dibawa lagu ini. Malah, kami juga berharap ia menjadi trending di TikTok,” kata Vanessa dengan penuh harapan.

Rebel Asia turut menambah, “Lagu ini dihasilkan untuk memberi inspirasi agar semua orang yakin menjadi diri sendiri dan tidak berputus asa walau apa jua cabaran yang mereka hadapi.”

“To The Finish Line” kini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, dan YouTube Music. Video muzik rasmi (MV) yang menampilkan visual digital berinspirasi daripada filem ini akan dilancarkan secara eksklusif di saluran YouTube sonymusicMYVEVO tidak lama lagi.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR: Gabungan Teknologi dan Kecanggihan Automotif
Next: Kolaborasi Hun Haqeem dan Noki K-Clique dalam Single Terbaharu ‘Untuk Semua Jiwa’

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.